awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN pertimbang anak Bung Moktar sebagai calon PRK Parlimen Kinabatangan

Bernama
Bernama
18/12/2025
07:45 MYT
BN pertimbang anak Bung Moktar sebagai calon PRK Parlimen Kinabatangan
Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk meletakkan anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Januari depan, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • BN pertimbangkan anak Allahyarham Bung Moktar, Naim Kurniawan sebagai calon PRK Parlimen Kinabatangan.
  • Ahmad Zahid perlu berunding dengan kepimpinan dan rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah sebelum membuat keputusan.
  • SPR tetapkan tarikh pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Jan 2026, dengan penamaan calon dan pengundian awal pada 10 dan 20 Jan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO berkata meskipun beliau belum mengemukakan perkara itu dalam mesyuarat induk UMNO dan Dewan Tertinggi BN, Allahyarham Bung Moktar sebelum ini pernah mencadangkan Naim Kurniawan diberi peluang bertanding di kerusi itu.
Beliau berkata penerimaan pengundi kawasan Parlimen Kinabatangan terhadap Naim Kurniawan juga adalah baik.
"Bagaimanapun, saya perlu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kepimpinan dan juga rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini hari ini.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang dilaporkan berkata bahawa partinya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin tidak akan bertanding pada PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Dis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Jan 2026 manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Jan.
Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 Nov lepas.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
#PRK Parlimen Kinabatangan
#Bung Moktar Radin
#Calon BN
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan