JUMLAH kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 65 juta kes.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 14.05 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.53 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.43 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia dan Perancis.

Manakala Sepanyol, United Kingdom, Italy, Argentina, Colombia, Mexico, Jerman dan Poland mencatat lebih sejuta kes.

Iran menjadi negara terbaharu merekodkan lebih sejuta kes.

Peru, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia dan Belanda  merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 ribu kes adalah Romania, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Kanada, Maghribi, Arab Saudi dan Switzerland.

Sementara itu, sebanyak 33 buah negara lain merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 300,000 ribu kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 1.5 juta kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 275,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 174,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 138,000 dan 107,000 kematian.

Sementara itu, United Kingdom, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kematian ialah Iran dan Sepanyol.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 21,000 kes.