JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 175.4 juta.

Jumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400,000 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.45 juta kes.

Ini diikuti India dengan 29.3 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.29 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Itali dan Argentina pula catat kes melebihi 4 juta.

Jerman, Sepanyol, Iran dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan  Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Malaysia kini melebihi 600,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.78 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan hampir 600,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 484,000 kes, India lebih 367,000 kes, Mexico lebih 229,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 52,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 22,000 diikuti malaysia.

Singapura kekal dengan 34 kematian setakat ini.