JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 166 juta kes.

Ia berikutan lebih 200,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33 juta kes.

Ini diikuti India dengan 26.53 juta kes dan Brazil dengan lebih 16 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.