JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 178.6 juta, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.55 juta kes.

Ini diikuti India dengan 29.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.9 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Itali dan Argentina pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.36 juta manakala Malaysia lebih 700,000 kes.

Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 200,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.868 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 601,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 501,000 kes, India lebih 386,000 kes dan Mexico lebih 231,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 54,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 23,000 diikuti Malaysia.

Singapura catat satu kes kematian baharu menjadikan jumlah kematian adalah 35 kes.