awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster baharu di New Zealand daripada varian UK

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
02:41 MYT
COVID-19: Kluster baharu di New Zealand daripada varian UK
Pada Ahad, hampir dua juta penduduk Auckland diarah untuk kekal di rumah bermula tengah malam selama tiga hari. - REUTERS
WELLINGTON:Dua jangkitan virus COVID-19 baharu di New Zealand yang menyebabkan pelaksanaan perintah berkurung di Auckland selama tiga hari didapati daripada varian United Kingdom (UK).
Menurut pegawai kesihatan, ini kali pertama varian berkenaan dikesan di negara itu.
Kementerian Kesihatan memaklumkan, penjujukan genom daripada jangkitan baharu di Auckland menunjukkan ia daripada strain yang pertama kali ditemui di UK dan mudah berjangkit.
Namun tambahnya, setakat ini belum ada lagi kes positif lain berkaitan kes ini.
"Keputusan ujian saringan menguatkan lagi keputusan untuk mengambil tindakan pantas melibatkan kes terbaharu ini bagi mengekang penularan wabak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Keputusan penjujukan genom daripada kes ketiga berkaitan kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Auckland belom diperolehi.
Kluster tersebut membabitkan tiga sekeluarga dikesan pada Ahad dan memaksa Perdana Menteri Jacinda Ardern isytihar perintah berkurung selama tiga hari di Auckland.
BACA: New Zealand kesan penularan baharu wabak COVID-19
BACA: COVID-19: New Zealand umum perintah berkurung tiga hari di Auckland
Ini sekatan pertama dalam masa enam bulan di New Zealand yang sering disebut antara negara paling berjaya membendung wabak COVID-19 dengan hanya 25 kes kematian dalam kalangan 5 juta penduduknya.
Pada Ahad, hampir dua juta penduduk Auckland diarah untuk kekal di rumah bermula tengah malam selama tiga hari.
Perjalanan keluar atau masuk ke bandar metropolitan itu turut tidak dibenarkan sepanjang tempoh perintah berkurung itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#New Zealand
#UK
#varian
#kluster Auckland
#Jacinda Arden
#perintah berkurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan