PESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden merancang untuk memperuntukkan 75 peratus vaksin COVID-19 yang tidak digunakan melalui Program Perkongsian Vaksin Global (Covax).
Koordinator COVID-19 White House, Jeff Zients berkata, pihaknya melancarkan peruntukan untuk berkongsi 25 juta dos pertama dengan negara dunia.
"Hari ini, kami menggariskan kerangka kerja untuk berkongsi dengan dunia 25 juta dos pertama. Apa yang jelas, pendekatan kami adalah memastikan vaksin dihantar dengan cara yang adil sesuai dengan data sains dan kesihatan awam terkini.
“Sepanjang minggu ini, pentadbiran akan bergerak secepat mungkin dan bekerja melalui keperluan peraturan dan perincian logistik untuk memastikan penghantaran dos yang selamat," katanya.
Amerika Syarikat merancang untuk berkongsi 80 juta dos vaksin di seluruh dunia pada akhir bulan Jun.
White House menyatakan, 25 peratus akan disimpan sebagai simpanan untuk keadaan kecemasan dan perkongsian langsung dengan sekutu serta rakan kongsi.
Daripada 25 juta dos pertama, White House berkata, sekitar 19 juta akan dimasukkan ke Covax dengan kira-kira enam juta untuk Amerika Selatan dan tengah, tujuh juta untuk Asia dan lima juta untuk Afrika.
Dos ini menandakan peningkatan segera terhadap usaha Covax yang tertangguh disebabkan masalah bekalan dan hanya berkongsi 76 juta dos dengan negara-negara memerlukan.
Selebihnya, enam juta akan diarahkan oleh White House kepada sekutu dan rakan kongsi Amerika termasuk Mexico, Kanada, Korea Selatan, tebing barat dan Gaza, Ukraine, Kosovo, Mesir, Jordan, Iraq, Yaman dan pekerja barisan hadapan PBB.
Stok vaksin COVID-19 semakin meningkat di Amerika Syarikat.
Rancangan perkongsian vaksin ditunggu-tunggu kerana permintaan untuk suntikan vaksin di AS menurun dengan ketara kerana lebih 63 peratus orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan masalah bekalan global menjadi cabaran jelas.
Sejumlah negara telah meminta dos dari AS tetapi setakat ini hanya Mexico dan Kanada menerima gabungan 4.5 juta dos.
Biden mengumumkan komitmen menyediakan 60 juta dos vaksin AstraZeneca kepada negara luar.
Vaksin itu masih belum digunakan di AS tetapi diluluskan secara meluas di seluruh dunia.
Astro Awani
Thu Jun 03 2021
Amerika Syarikat merancang untuk berkongsi 80 juta dos vaksin di seluruh dunia pada akhir bulan Jun. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.