JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia meningkat kepada 464 juta kes selepas lebih 2.23 juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 43 juta kes serta 29 juta.

Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis.

United Kingdom melebihi 20 juta, Rusia dan Jerman dengan 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 3.9 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.2 juta kes.

Singapura pula melebihi 986,000 kes.


Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 6,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.06 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 969,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 656,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 355,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 321,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tnggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 153,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.