INTERNATIONAL
COVID-19: Mufti Menk terima suntikan vaksin Sinopharm

Menurut perkongsian yang dibuat menerusi Instagram pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehi Mufti Menk adalah keluaran Sinopharm. - Twitter Abramjee
TAHUN 2021 memberi sinar harapan kepada rakyat seluruh dunia apabila vaksin COVID-19 yang hampir memakan masa setahun dihasilkan telah mula diedarkan.
Banyak pemimpin dunia mula menerima suntikan, antaranya Presiden baharu Amerika Syarikat Joe Biden, Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Terbaru, pendakwah tersohor Ismail Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk turut menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut perkongsian yang dibuat beliau menerusi laman Instagramnya pada Khamis, suntikan vaksin yang diperolehinya itu ialah keluaran Sinopharm.
“Bismillah. Dos pertama Sinopharm. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari wabak ini dan semua jenis virus dan penyakit-penyakit lain. Amin,” ucapnya.
Sabtu lalu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik sahaja bekalan vaksin selamat tiba dan diedarkan kepada 150,000 individu pertama di negara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami