awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Negara kaya perlu bantu negara pendapatan rendah

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2022
01:45 MYT
COVID-19: Negara kaya perlu bantu negara pendapatan rendah
Bruce Aylward memberi amaran bahawa negara kaya tidak boleh berundur daripada menangani COVID-19 sebagai masalah global ketika ini. - Foto fail/ETX STUDIO
LONDON: Sekiranya negara kaya berpendapat wabak COVID-19 sudah berakhir, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu negara berpendapatan rendah bagi mencapai tahap yang sama.
Pegawai kanan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward memberi amaran bahawa negara kaya tidak boleh berundur daripada menangani COVID-19 sebagai masalah global ketika ini.
Dalam beberapa minggu ini, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengeluarkan kenyataan wabak itu akan berakhir manakala Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pula berkata wabak itu telah berakhir.
Aylward yang menyelaraskan akses saksama kepada vaksin, rawatan dan ujian saringan COVID-19 di seluruh dunia berkata, kumpulannya belum bersedia untuk keluar dari fasa kecemasan menangani wabak itu.
Jelasnya, negara-negara perlu bersedia dan mempunyai rawatan untuk sebarang gelombang jangkitan yang selanjutnya.
Beliau turut menekankan Biden mempunyai kelebihan kerana Amerika Syarikat mempunyai akses yang baik kepada semua keperluan COVID-19.
Aylward menyelaraskan Act-Accelerator, perkongsian antara WHO dan badan kesihatan global lain untuk membantu negara pendapatan rendah untuk akses keperluan COVID-19.
Terdapat beberapa spekulasi bahawa usaha itu mungkin berakhir pada musim luruh ini, tetapi Aylward berkata, ia hanya mengubah fokusnya apabila wabak itu berubah.
Dalam tempoh enam bulan akan datang, perkongsian itu akan menyasar untuk menyampaikan vaksin kepada kira-kira satu perempat daripada pekerja penjagaan kesihatan dunia dan warga tua yang masih belum mendapat suntikan, serta meningkatkan akses kepada ujian dan rawatan terutamanya dengan Paxlovid keluaran Pfizer.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Bruce Aylward
#WHO
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan