TIGA kanak-kanak yang meninggal dunia di New York dikaitkan dengan COVID-19, namun menunjukkan simptom berbeza.
Ia mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa mengenai risiko jangkitan koronavirus yang sebelum ini dianggap tidak memberi kesan besar kepada kanak-kanak.
Gabenor New York Andrew Cuomo memberi amaran bahawa ini mungkin permulaan kepada fasa baharu wabak COVID-19 yang bakal mendatangkan risiko kepada golongan muda.
Ia susulan kematian pertama membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun pada Jumaat, diikuti dengan dua lagi kematian pada Sabtu, masing-masing tujuh tahun dan seorang remaja.
“Penyakit ini telah meragut nyawa tiga penduduk New York yang amat muda,” kata Cuomo. “Ini satu perkembangan baru. Ia masih sedang berlaku.”
Tambah Cuomo, kebanyakan kanak-kanak yang didapati positif COVID-19 bagaimanapun tidak menunjukkan simptom virus itu, seperti sesak nafas dan batuk.
Minggu lepas, pihak berkuasa negeri itu melaporkan 73 kes di New York membabitkan kanak-kanak yang jatuh sakit dengan menunjukkan simptom keradangan serius, sama seperti sindrom Kawasaki.
NBC News turut melaporkan sekurang-kurangnya 85 kes lain dalam kalangan kanak-kanak serata Amerika yang menunjukkan simptom seperti penyakit Kawasaki.
Penyakit Kawasaki yang dihidapi kebanyakannya oleh kanak-kanak bawah lima tahun, boleh menjejaskan sistem imun sehingga menyebabkan demam, cirit-birit, ruam dan konjunktivitis.
Namun, jelas Dr Jane Newburger, pengarah program Kawasaki di hospital kanak-kanak Boston, hanya jumlah yang kecil menunjukkan sindrom keradangan serius apabila didapati positif COVID-19.
“Kami ingin terangkan kepada ibu bapa, ini masih lagi jarang berlaku. Oleh itu, penyakit Kawasaki ini merupakan penyebab utama penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak di negara maju.
“Rawatan awal amat kritikal untuk mengelakkan penyakit jantung yang signifikan,” ujar beliau.
Astro Awani
Sun May 10 2020

Andrew Cuomo ketika hadir pada satu sidang media berhubung perkembangan COVID-19 di Valhalla, New York, AS, 7 Mei, 2020. REUTERS

COVID-19: Hampir 40 juta dos vaksin disuntik di UK
Data juga menunjukkan, UK mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 dengan 1,730 kes positif pada Ahad, berbanding 2,589 pada hari sebelumnya.

COVID-19: Polis Brazil serbu kelab malam tidak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan.

AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka tinggi minggu ini | Iran dakwa Israel punca insiden di Natanz
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.

COVID-19: Jumlah kes global melebihi 135.76 juta, kematian lebih 2.93 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 135.76 juta.

Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.

Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

Cuepacs saran SSM dikaji mengikut situasi ekonomi semasa
Presidennya Adnan Mat memaklumkan, hal ini kerana SSM tidak pernah dikaji atau ditambah baik sejak dilaksanakan bermula November 2002.

Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.

Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.92 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 561,000 kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 134.7 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.08 juta kes.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.1275-4.1475 minggu depan
Laporan terkini mengenai kenaikan inflasi di China pada Mac berikutan lonjakan kos komoditi, juga dijangka mempengaruhi prestasi ringgit.

Vaksin COVID-19: Pentadbiran Biden umum bantuan tambahan di Michigan
Ini adalah sebagai tindakan adil dalam memastikan negara itu dapat mengedarkan vaksin secara sama rata.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.9 juta
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 560,000 kes.

COVID-19: Kes positif global lebih 134 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 31 juta kes.

Atlet karate Olimpik Amerika Syarikat jadi mangsa kebencian anti-Asia
Secara tiba-tiba, juara tujuh kali AS itu ditengking oleh seorang lelaki yang berada di kawasan itu.

Kawal senjata: Biden umum langkah kawal senjata api
Presiden Joe Biden mengumumkan beberapa arahan eksekutif yang mensasarkan isu peningkatan keganasan senjata api di seluruh negara.