WELLINGTON:New Zealand akan memulakan program vaksinasi COVID-19 negara itu pada 20 Feb ini.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern memaklumkan pada Jumaat, ini susulan penerimaan bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang tiba lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Ardern sebelum ini berdepan tekanan untuk mulakan program berkenaan bagi 5 juta penduduk negara itu.
"Tahun lepas kami menyatakan bekalan vaksin tersebut akan tiba akan suku kedua tahun ini, dan awal tahun ini kami umumkan ia akan tiba pada suku pertama.
"Saya sangat gembira untuk umumkan bekalan ini akan tiba pada awal suku pertama," kata Ardern kepada pemberita.
New Zealand dan Australia secara telah meluluskan penggunaan vaksin keluaran bersama syarikat Amerika Syarikat, Pfizer Inc, dan Jerman, BioNTech.
Australia pula dijangka akan mulakan program vaksinasi akhir bulan ini tanpa memberitahu tarikh secara spesifik.
Bagaimanapun Ardern berkata, program vaksinasi ini tidak akan memberi kesan kepada pelaksanaan gelumbung perjalanan yang ditangguhkan antara kedua-dua negara tersebut.
Australia dan New Zealand sebelum berharap untuk membenarkan pergerakan bilateral pada akhir Mac, namun penularan wabak COVID-19 baharu di Australia menyebabkan ia tertangguh.
"Sudah tentu ia akan menjadi titik permulaan yang akan membolehkan pergerakan di seluruh dunia, tetapi bukan dalam masa terdekat," kata Ardern.
Kira-kira 12,000 anggota yang bertugas di kawasan sempadan negara akan diberi suntikan vaksin dahulu, diikuti dengan kontak rapat mereka.
Petugas kesihatan serta golongan berisiko tinggi akan diberikan suntikan vaksin selepas itu sebelum ia diagihkan kepada keseluruhan rakyat pada separuh kedua tahun ini.
"Kami telah membeli bekalan vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada semua rakyat New Zealand secara percuma," tambah beliau.
Pihak berkuasa perubatan negara itu kini dalam perbincangan dengan AstraZeneca, Novavax dan Janssen Biotech berkaitan kelulusan untuk menggunakan vaksin COVID-19 keluaran mereka.
Astro Awani
Fri Feb 12 2021

Kira-kira 12,000 anggota yang bertugas di kawasan sempadan negara akan diberi suntikan vaksin dahulu. - Foto AP

COVID-19: Hampir 40 juta dos vaksin disuntik di UK
Data juga menunjukkan, UK mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 dengan 1,730 kes positif pada Ahad, berbanding 2,589 pada hari sebelumnya.

COVID-19: Polis Brazil serbu kelab malam tidak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan.

AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka tinggi minggu ini | Iran dakwa Israel punca insiden di Natanz
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.

COVID-19: Jumlah kes global melebihi 135.76 juta, kematian lebih 2.93 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 135.76 juta.

Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.

Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk
Mohd Yusop tidak mahu isu geng plastik hitam kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.

Cuepacs saran SSM dikaji mengikut situasi ekonomi semasa
Presidennya Adnan Mat memaklumkan, hal ini kerana SSM tidak pernah dikaji atau ditambah baik sejak dilaksanakan bermula November 2002.

Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.

COVID-19: Hampir 40 juta dos vaksin disuntik di UK
Data juga menunjukkan, UK mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 dengan 1,730 kes positif pada Ahad, berbanding 2,589 pada hari sebelumnya.

COVID-19: Polis Brazil serbu kelab malam tidak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan.

Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.

COVID-19: Jumlah kes global melebihi 135.76 juta, kematian lebih 2.93 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 135.76 juta.

Peranan JKM terus diperkasa
Antara inisiatif itu termasuk penstrukturan semula JKM dan pemberian elaun khas kepada warga kerja yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan OKU.

MAIK lantik pegawai penjarakan fizikal di pejabat, masjid
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), akan menempatkan 'Pegawai Penjarakan Fizikal' sebagai duta di pejabat dan masjid.

Kerajaan sentiasa peka kebimbangan komuniti perniagaan - Nanta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa kebimbangan komuniti perniagaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

COVID-19: Thailand catat kes harian tertinggi
Thailand pada Ahad mencatat 967 kes baharu COVID-19 yang merupakan angka tertinggi sejak penularan virus itu pada Januari tahun lepas.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.

COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang
Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster.