awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual kenderaan maut kereta bertembung lori

Bernama
Bernama
14/12/2025
03:30 MYT
Jurujual kenderaan maut kereta bertembung lori
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
BANDAR PERMAISURI: Seorang jurujual kenderaan maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori muatan kelapa sawit di Kilometer 50 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Permaisuri dekat Kampung Telaga Putat di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kejadian berlaku pada 6.11 petang dan mangsa Tuan Nur Amirah Tuan Azhar, 32, dari Kampung Pak Kancil Luar di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Kejadian dipercayai berlaku selepas Perodua Myvi mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke Pasir Puteh, Kelantan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung lori Hino dari arah Pantai Penarik yang menghantar kelapa sawit ke Kampung Rahmat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejadian menyebabkan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan manakala lori terbalik namun pemandu berusia 41 tahun tidak cedera.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#kereta bertembung
#lori muatan kelapa sawit
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan