awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: New Zealand rekod 21 kes baharu

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2021
22:45 MYT
COVID-19: New Zealand rekod 21 kes baharu
Jacinda Ardern beri amaran penularan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi. -Foto fail/REUTERS
WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern beri amaran penularan virus COVID-19 dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi selepas 21 kes direkodkan di negara itu pada Sabtu.
Beliau dalam pada itu meminta rakyat negara Pasifik berkenaan mematuhi peraturan sekatan.
Jangkitan baharu dikesan dalam kalangan komuniti disahkan daripada varian Delta.
Setakat ini sejumlah 51 kes baharu dikaitkan dengan penularan tempatan dan 18 daripadanya dikesan di bandar terbesar Auckland sementara tiga di Wellington.
Ardern pada Jumaat umum lanjutan perintah sekatan hingga Selasa.
Penularan jangkitan ini dikaitkan dengan pengembara dari Sydney.
Negara dengan populasi 5.1 juta itu bebas jangkitan COVID-19 sejak Februari, bagaimanapun perintah sekatan tiga hari diumumkan selepas kes pertama dilaporkan.
Sehingga kini New Zealand merekodkan 2,600 kes positif dengan 26 kematian.
Bagaimanapun, hanya 19 peratus daripada populasinya lengkap divaksin, kadar terendah dalam kalangan negara kaya.
Topic Berkaitan
#New Zealand
#COVID-19
#jangkitan
#kes positif
#Sydney
#Delta
#Jacinda Ardern
#Wellington
#Auckland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan