awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: NSW longgar SOP selepas capai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
21:36 MYT
COVID-19: NSW longgar SOP selepas capai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap
Kelonggaran SOP di Victoria termasuk membenarkan pergerakan rentas daerah, selain meningkatkan jumlah kapasiti kunjungan ke rumah. - Foto REUTERS
VICTORIA: New South Wales di Australia mengambil langkah untuk melonggarkan beberapa sekatan bermula Isnin setelah berjaya mencapai kadar 80 peratus kadar vaksinasi lengkapnya pada Sabtu.
Menurut Ketua Menteri NSW, Dominic Perrottet, antara kelonggaran tersebut termasuk pembukaan semula sekolah-sekolah di negeri itu.
"Kita telah berjaya mencapai sasaran 80 peratus kadar vaksinasi lengkap di New South Wales.
"Saya ingin berterima kasih kepada setiap rakyat di atas usaha keluar untuk mendapatkan vaksin.
"Usaha ini telah membolehkan kita dapat melonggarkan SOP secara selamat.
"Isnin adalah hari yang mana kita melonggarkan sekatan-sekatan dan ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokogan rakyat di seluruh negeri," katanya.
Dalam 24 jam yang lalu, New South Wales merekodkan 301 kes baharu COVID-19 dengan 10 kematian.
Para pemimpin negeri Australia pada Isnin akan bertemu untuk berbincang berkenaan dengan kelonggaran SOP di wilayah mereka.
Dalam pada itu Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklukam, negeri itu bakal mencapai 70 peratus kadar vaksinasi lengkap menjelang Khamis ini.
Ini membolehkan Victoria melonggarkan SOP termasuk membenarkan pergerakan rentas daerah, selain meningkatkan jumlah kapasiti kunjungan ke rumah.
Victoria merekodkan 1,838 kes baharu COVID-19 dengan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam.
Sehingga kini, kadar peratusan vaksinasi lengkap negeri itu berada pada tahap 65 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#vaksin
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan