VORONEZH: Kes jangkitan harian COVID-19 di Rusia terus mencatatkan peningkatan dua hari berturut-turut dengan 57,272 kes baharu dilaporkan.

Peningkatan itu dipercayai diakibatkan varian Omicron yang dijangka mendominasi negara itu dalam gelombang terbaharunya.

Sehingga kini 146 juta rakyatnya sudah mendapat suntikan vaksinasi lengkap COVID-19.

Manakala 8.8 juta rakyat pula sudah mendapat dos penggalak daripada 21.8 juta yang layak setakat ini.

Kes di Rusia mula meningkat secara ketara sejak 10 Januari lepas, dengan jumlahnya melebihi 15,000 kes dicatatkan setiap hari.

Jumlah meningkat tiga kali ganda pada Jumaat lalu, dengan lebih 49,000 kes dicatatkan.