awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Hampir 600 rakyat Palestin terbunuh di pusat bantuan
MALAYSIA
PDRM perlu pertahan profesionalisme, jangan abai kebajikan anggota - Anwar
DUNIA
Asia Barat akan runtuh tanpa Israel - Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Pemerdagangan orang berkait penipuan dalam talian meningkat - Interpol

Bernama
Bernama
30/06/2025
20:30 MYT
Pemerdagangan orang berkait penipuan dalam talian meningkat - Interpol
Pertubuhan polis antarabangsa yang berpangkalan di Lyon, Perancis itu berkata mangsa datang dari 66 negara di semua benua. - Gambar hiasan
PARIS: Semakin banyak negara terjejas akibat pemerdagangan orang yang berkaitan dengan buruh paksa di pusat penipuan dalam talian yang diurus secara profesional, kata Interpol pada Isnin, menurut agensi berita Jerman (dpa).
Pertubuhan polis antarabangsa yang berpangkalan di Lyon, Perancis itu berkata mangsa datang dari 66 negara di semua benua.
Interpol menyifatkan situasi ini sebagai "krisis global" yang membabitkan ratusan ribu mangsa.
Pusat penipuan itu pada asalnya terletak di beberapa negara Asia Tenggara, dan analisis Interpol menunjukkan tiga daripada empat mangsa telah diperdagangkan ke rantau ini dalam tempoh lima tahun lepas.
Bagaimanapun, penyiasat kini turut menemukan pusat penipuan di Afrika Barat, Amerika Tengah dan Asia Barat.
Menurut Interpol, mangsa biasanya diperdaya melalui tawaran pekerjaan palsu sebelum ditahan di kem, di mana mereka sering diugut dengan hutang palsu, dipukul, dieksploitasi secara seksual dan dalam sesetengah kes diseksa atau dirogol.
Di dalam pusat-pusat ini, mangsa dipaksa melakukan penipuan dalam talian dengan sasaran utama mencuri wang orang lain.
Interpol memberi amaran bahawa bentuk jenayah terancang ini sedang merebak dengan pantas dan menyeru tindakan respons bersepadu secara global.
Pihak berkuasa perlu mengukuhkan perkongsian maklumat antara negara yang terjejas serta bekerjasama rapat dengan organisasi yang menyokong mangsa.
Dengan 196 negara anggota, Interpol merupakan organisasi polis terbesar di dunia yang menyelaras kerjasama polis antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan orang
#buruh paksa
#pusat penipuan
#dalam talian
#Interpol
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami