awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pas vaksinasi berkuat kuasa di Perancis

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2022
03:05 MYT
COVID-19: Pas vaksinasi berkuat kuasa di Perancis
Ketika ini Perancis antara negara dalam kalangan Eropah yang merekodkan kes harian tertinggi dengan kes rawatan di hospital semakin meningkat. - Foto fail/REUTERS
PARIS: Individu yang tidak lengkap divaksinasi di Perancis tidak lagi dibenarkan untuk makan di restoran, bar, mengunjung kawasan percutian dan venue sukan melainkan mereka sudah sembuh dari dijangkiti COVID-19.
Rang Undang-Undang baharu itu berkuat kuasa secara rasmi pada Isnin, dan ia memperuntukkan untuk rakyat negara itu menggunakan pas vaksinasi sebagai usaha kerajaan memerangi pandemik tersebut.
Musim panas lalu, kerajaan mewajibkan penggunaan pas kesihatan namun ia boleh disalah gunakan dengan mendapatkan keputusan ujian negatif.
RUU baharu itu memerlukan pekerja restoran untuk menyemak pas vaksinasi tersebut menggunakan kod QR.
Penguatkuasaan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat negara itu, bagaimanapun rata-rata bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.
Untuk rekod, ketika ini Perancis antara negara dalam kalangan Eropah yang merekodkan kes harian tertinggi dengan kes rawatan di hospital semakin meningkat.
Kerajaan turut mengumumkan beberapa sekatan baharu untuk bagi mengekang penularan varian Omicron.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pas vaksinasi
#vaksin
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan