awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram

Bernama
Bernama
23/12/2025
22:20 MYT
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Penyediaan laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa. - Gambar hiasan AP
MAKKAH: Autoriti Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di dalam Masjidil Haram, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Penyediaan laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah.
Menurut autoriti itu, laluan-laluan berkenaan telah disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi kumpulan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang berbeza di Masjidil Haram.
Ia berkata, peruntukan laluan itu adalah sebahagian daripada sistem perkhidmatan bersepadu yang dirangka untuk memenuhi keperluan warga emas dan golongan OKU serta memastikan akses lancar ke pelbagai kemudahan.
Langkah ini mencerminkan kesungguhan kepimpinan Arab Saudi dalam menyantuni tetamu Masjidil Haram mengikut piawaian tertinggi kemanusiaan dan perkhidmatan .
Autoriti itu turut menyeru semua pelawat dan jemaah umrah untuk merujuk panduan pandu arah di Masjidil Haram yang menunjukkan lokasi laluan, lif, dan perkhidmatan sokongan. Kemudahan itu bertujuan membantu jemaah bergerak dengan lebih mudah dan selesa, terutamanya pada waktu puncak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Masjidil Haram
#kemudahan khas
#warga emas
#OKU
#pengurusan jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan