Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) hari ini berkata warga asing terpilih termasuk pekerja migran dari negara jiran yang dibenarkan memasuki negara itu akan tiba mulai Selasa.
Ketua Pengarah CAAT Chula Sukmanop berkata orang lain yang boleh memasuki negara itu melalui sempadan di bawah kaedah pelonggaran termasuk pasangan dan akan penduduk tetap serta pemegang permit bukan warganegara Thailand.
"Tetamu kerajaan dan mereka di bawah pengaturan khas atau yang dibenarkan perdana menteri dibenarkan memasuki negara ini dengan pesawat.
"Mereka perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan di bawah arahan jawatankuasa pelonggaran sekatan termasuk menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti negara," menurutnya dalam kenyataan.
Pada 22 Julai, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) bersetuju membenarkan pekerja migran dari Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam dalam sektor infrastruktur dan industri makanan memasuki Thailand mulai 1 Ogos, satu langkah untuk memulihkan ekonominya yang terjejas teruk akibat pandemik.
Selain itu, pelancong perubatan serta warga asing yang mengambil bahagian dalam persidangan dan pameran perdagangan antarabangsam kru produksi filem asin g dan pemegang kad Elit Thailand (mereka dengan visa kediaman jangka panjang dan visa kediaman kemasukan berulang kali) adalah antara mereka yang dibenarkan memasuki negara tersebut.
Sementara itu, Thailand melaporkan tiga kes baharu COVID-19 yang membabitkan seorang pelajar Thailand yang kembali dari India dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,320 dengan 58 kematian setakat ini.
Jurucakap CCSA Thaweesilp Wissanuyothin berkata dua rakyat Thailand berusia 26 dan 43 tahun yang kembali dari Emiriah Arab Bersatu telah diuji positif.
"Sejak 3 April sehingga semalam, sejumlah 70,942 orang tiba di Thailand dan semuanya telah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di fasiliti negara. Sejumlah 383 orang yang kembali telah diuji positif COVID-19," katanya pada taklimat COVID-19 hari ini.
Setakat ini, Thailand telah melaporkan sejumlah 3,320 kes COVID-19 dengan 58 kematian. Sejumlah 3,142 pesakit telah pulih sepenuhnya dan pulang ke rumah masing-masing manakala 120 masih dirawat.
Thaweesilp berkata sejumlah 71 kakitangan dan pegawai tentera Amerika Syarikat yang akan menghadiri latihan bersama dengan tentera Thailand tiba hari ini.
Beliau berkata sejumlah 39 kakitangan dan pegawai tentera Jepun dijadualkan tiba petang semalam dan hari ini untuk menghadiri satu lagi latihan bersama ketenteraan.
"Mereka akan menjalani kuarantin wajib di sebuah pusat kuarantin alternatif negara di Bangkok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
Mereka yang tiba perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan di bawah arahan jawatankuasa pelonggaran sekatan. - Reuters
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.