awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harimau Malaya di ambang kepupusan
Peguam didakwa subahat edar, miliki dadah di lokap mahkamah
Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penerbangan khas bawa pulang pelancong Australia terkandas di Bali

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2021
21:56 MYT
COVID-19: Penerbangan khas bawa pulang pelancong Australia terkandas di Bali
Warga Australia diperiksa anggota keselamatan sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, Indonesia, 18 Ogos, 2021. (Foto AP)
LEBIH 100 warga Australia meninggalkan Bali, Indonesia dengan penerbangan khas yang diatur kerajaan Australia, pada Rabu.
Pelancong Australia yang terlibat terkandas di pulau pelancongan itu susulan penerbangan ke negara itu terbatas sejak penularan COVID-19.
Menurut Pengurus Perhubungan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Taufan Yudhistira, penerbangan Qantas ditugaskan untuk penghantaran pulang warga Australia yang akan mendarat di Darwin.
Pesawat berkenaan menerbangkan 186 penumpang termasuk bayi serta anak kapal.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Australia di Bali memaklumkan, penerbangan itu diatur untuk membolehkan warga Australia yang penerbangannya dibatalkan atau yang pilihan transitnya tidak lagi tersedia, kembali ke negara asal.
Peningkatan jangkitan di Indonesia adalah disebabkan perjalanan semasa percutian Aidilfitri pada Mei lalu, selain penyebaran varian Delta.
Ia mencatatkan lebih 3.8 juta kes, termasuk lebih 120,000 kematian.
Lonjakan baru-baru ini mendorong tindakan penutupan baru sejak Julai, terutama di Jawa, pulau yang paling padat penduduknya di Indonesia, dan di Bali.
Topic Berkaitan
#Bali
#Indonesia
#COVID-19
#penerbangan khas
#pelancong
#pelancongan
#jangkitan
#penerbangan
#pesawat
#Australia
#Lapangan Terbang Angkasa Pura
#Qantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan