awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
'Jawatan Pengerusi PN tidak semestinya saya' - Hadi Awang
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya di ambang kepupusan

Bernama
Bernama
08/01/2026
11:16 MYT
Harimau Malaya di ambang kepupusan
Kepupusan harimau Malaya akan menjejaskan kestabilan ekosistem hutan termasuk bekalan air, biodiversiti, daya tahan iklim dan sumber semula jadi. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran bahawa populasi harimau Malaya kini berada pada tahap kritikal apabila dianggarkan kurang daripada 150 ekor masih hidup di habitat liar, sekali gus meletakkan spesies itu di ambang kepupusan.

Ringkasan AI
  • Populasi harimau Malaya dianggarkan kurang daripada 150 ekor, menempatkan spesies ini pada tahap kepupusan yang kritikal, menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
  • Presiden CAP menyatakan kepupusan harimau Malaya akan memberi implikasi besar terhadap ekologi dan warisan budaya negara, termasuk kestabilan ekosistem hutan, bekalan air, biodiversiti, dan identiti Malaysia.
  • Ancaman terhadap harimau Malaya termasuk pemburuan haram, penyusutan sumber makanan, konflik manusia-harimau, serta perdagangan global kulit dan gigi harimau, dengan enam kematian harimau dilaporkan akibat kemalangan jalan raya pada 2023 hingga 2024 sahaja.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata situasi berkenaan bukan sekadar krisis pemuliharaan, sebaliknya satu krisis nasional yang membawa implikasi besar terhadap ekologi dan warisan budaya negara.
Beliau berkata kepupusan harimau Malaya akan menjejaskan kestabilan ekosistem hutan termasuk bekalan air, biodiversiti, daya tahan iklim dan sumber semula jadi, selain menghapuskan khazanah negara yang menjadi identiti Malaysia.
Katanya ancaman berterusan seperti pemburuan haram, penyusutan sumber makanan, konflik manusia-harimau serta kematian akibat pelanggaran kenderaan semakin menolak spesies itu ke arah kepupusan.
"Antara 2023 hingga 2024 sahaja, enam kematian harimau dilaporkan akibat kemalangan jalan raya, malah tahun lalu bangkai seekor harimau ditemui disorok dalam but kereta dengan enam kesan tembakan di kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohideen turut menegaskan bahawa perdagangan global kulit dan gigi harimau, yang sering dijadikan azimat, terus menjadi ancaman serius apabila kepercayaan tradisional menyebabkan permintaan kekal tinggi meskipun tiada asas saintifik.
Beliau berkata CAP menggesa langkah lebih tegas diambil termasuk memperkukuh penguatkuasaan antipemburuan, menambah peruntukan rondaan, membanteras rasuah dalam rangkaian jenayah hidupan liar, melindungi serta menghubungkan kawasan hutan, dan meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam usaha pemuliharaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#CAP
#Kepupusan harimau malaya
#bilangan harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan