BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan menjadi warga Thai pertama yang diberi vaksin Sinovac Biotech COVID-19 di Thailand, bagi membantu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap vaksinasi dalam membanteras pandemik itu di negara berkenaan.
Thailand telah menempah dua juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal China, yang dijangka tiba dalam tiga kumpulan - kumpulan pertama 200,000 dos dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Rabu; diikuti 800,000 dos pada bulan Mac, dan satu juta lagi pada bulan April.
"Saya sudah bersedia untuk vaksinasi," kata beliau yang dipetik oleh Bangkok Post.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, Thailand dijangka mula melaksanakan program vaksinasinya dalam masa dua atau tiga hari selepas ketibaan vaksin pada hari Rabu ini, kerana Jabatan Sains Perubatan perlu memeriksa vaksin berkenaan terlebih dahulu sebelum program bermula.
Sehingga kini badan pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Thailand masih belum membenarkan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac COVID-19 dari negara China itu.
Ketua Setiausaha FDA Thailand Dr Paisan Dankhum berkata proses pendaftaran untuk pengambilan vaksin itu sudah semakin hampir selesai.
Sementara itu Thailand kekal dengan perintah darurat akibat pandemik COVID-19 sehingga 31 Mac, dalam usaha mengawal jangkitan, dan pada masa yang sama kerajaan melonggarkan pelbagai sekatan dari semasa ke semasa.
Prayuth mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) semalam, dan mesyuarat itu bersetuju untuk melonggarkan lagi pelbagai sekatan dalam negara semasa situasi di negara itu semakin bertambah baik.
Di Samut Sakhon, tempat yang menjadi pusat jangkitan terbaharu COVID-19 di negara itu, pelbagai sekatan terus dikekalkan, dengan pusat-pusat pendidikan, tempat-tempat hiburan, serta venue sukan terus ditutup, manakala pusat beli belah hanya boleh dibuka sehingga pukul 9.00 malam.
Bagi kawasan di lapan wilayah yang masih 'dikawal' termasuk Bangkok dan Nonthaburi, semua tempat-tempat hiburan termasuk pub dan bar sudah dibenarkan dibuka, manakala restoran kini boleh menyajikan minuman beralkohol, dan sekolah, pusat beli belah serta pusat-pusat kesihatan akan dibuka seperti biasa.
Bagi semua 54 wilayah 'hijau' pula, CSSA berkata semua perniagaan dan premis berkaitan akan dibuka, namun mereka perlu mematuhi pelbagai prosedur operasi standard seperti penjarakan sosial dan sebagainya.
Sementara itu Thailand merekodkan 89 kes COVID-19 baharu dengan kematian sifar dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kini 25,504 kes dan 83 kematian.
Daripada 89 kes baharu, CSSA berkata 73 adalah jangkitan tempatan, dengan 59 kes dikesan semasa mereka mendapatkan rawatan di hospital, dan 14 kes menerusi pengesanan kes aktif; dan16 lagi adalah kes import.
Pembantu jurucakap CCSA, Dr Apisamai Srirangsan berkata, pihak berkuasa kesihatan akan terus memantau rapi situasi COVID-19 di wilayah Phatum Thani dan Tak susulan kemunculan kluster baharu yang dikesan di wilayah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Prayuth Chan o-cha akan menjadi warga Thai pertama yang diberi vaksin Sinovac Biotech COVID-19 di Thailand bagi membantu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap vaksinasi dalam membanteras pandemik itu di negara berkenaan. - REUTERS

AWANI Ringkas: PBB - 18 mati ditembak di Myanmar

Akta 446 | Kerajaan akan bantu majikan dapatkan perakuan
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa bersedia untuk membantu majikan-majikan yang masih belum menerima perakuan berkaitan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, pihaknya juga terbuka untuk sebarang sesi libat urus melibatkan kumpulan majikan atau kontraktor bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka khususnya melibatkan kewangan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia cecah 113.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Petugas kesihatan di United Kingdom bimbang program vaksinasi dalam kalangan kumpulan etnik berlainan di negara itu tidak seimbang. Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, di kawasan pedalaman London menjelaskan, setakat ini vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

COVID-19 | Angka korban global kini cecah 2.52 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.52 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 513 ribu kes

AWANI Ringkas: PM sampaikan amanat setahun Malaysia Prihatin

Lebih 20 juta penduduk UK terima dos pertama vaksin COVID-19
Data berkenaan menunjukkan ia satu kejayaan besar kepada negara itu, terutama kepada usaha petugas barisan hadapan.

Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik
Ringgit dijangka berdepan tekanan menyusut berbanding dolar Amerika minggu ini sekiranya hasil perbendaharaan Amerika terus mencatat peningkatan.

Giliran Shah Firdaus Sahrom merangkul emas keirin
Shah Firdaus membuktikan beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti.

47 aktvis prodemokrasi Hong Kong didakwa
47 aktivis prodemokrasi Hong Kong didakwa dengan tuduhan berkaitan pencabulan Akta Keselamatan.

Wanita antara lima juruterbang 'terbangkan' vaksin Sinovac ke Malaysia
Nur Waie Hidayah diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

COVID-19: Perdana Menteri Prayuth penerima vaksin pertama di Thailand
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan menjadi warga Thai pertama yang diberi vaksin Sinovac Biotech COVID-19 di Thailand.

Berita tempatan pilihan sepanjang Isnin
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khazanah suntik RM3.6b kepada Malaysia Airlines untuk penstrukturan semula
Ia selepas Mahkamah Tinggi UK memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion.

Inilah Kapten Hamdan Che Ismail, yang menerbangkan vaksin COVID-19 ke Malaysia
Menjadi juruterbang pertama membawa vaksin COVID-19 ke bumi Malaysia, anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini bangga kerana terlibat dalam sebahagian daripada sejarah negara.

Vaksin COVID-19: 'Terima kasih berjaya bawa pulang vaksin untuk rakyat' - Menara kawalan
Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 di negara ini pada Ahad membuka lembaran baharu dalam peperangan menentang COVID-19 sejak setahun lalu.

Cabaran di sebalik penerbangan vaksin - DHL Express
Kejayaan kumpulan pertama Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di negara dibawa menaiki pesawat Malaysia Airlines MH604 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad memberi sinar

Kerajaan cadang keluar pasport vaksin untuk penerima vaksin
Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur
Dapat dilihat keterujaan orang ramai serta memuji kecekapan kerajaan dan semua pihak yang membantu melancarkan proses penghantaran pertama itu.