awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2022
05:00 MYT
COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.11 juta kes. - Foto fail/AP
JUMLAH keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 478 juta kes berikutan pertambahan 1.58 juta kes positif yang dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta kes serta 29 juta.
Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 11 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 4.1 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.4 juta kes.
Singapura pula kini memasuki angka melebihi 1.06 juta kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 5,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.11 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 976,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 658,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 359,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 322,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 154,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 24,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan