Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Steven Sim Chee Keong di Istana Bukit Tunku pada Rabu - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong di Istana Bukit Tunku di sini pada Rabu
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan kementerian itu termasuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Dalam pertemuan itu, baginda bertitah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan antara tunjang dalam usaha meningkatkan ekonomi rakyat selain memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan isi rumah.
Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa sokongan berterusan daripada kerajaan serta agensi berkaitan amat penting bagi memastikan sektor PKS kekal berdaya saing dan mampan dalam jangka panjang.
Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, sebelum ini adalah Menteri Sumber Manusia.
Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Disember lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


