PERDANA Menteri Itali Mario Draghi menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca pada Selasa.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, langkah itu adalah sebagai menunjukkan sokongan terhadap penggunaan vaksin berkenaan.
Jurucakap beliau berkata, pemimpin berusia 73 tahun itu dan isterinya, Maria Serenella Cappello, divaksin di stesen kereta api Termini di Rom.
Awal bulan ini, Itali menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Oxford selama beberapa hari kerana timbul kebimbangan vaksin berkenaan yang dikatakan menyebabkan berlakukan pembekuan darah.
Bagaimanapun ia dibenarkan selepas mendapat jaminan daripada Agensi Perubatan Eropah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan vaksin AstraZeneca selamat untuk digunakan.
Draghi yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lalu, berjanji untuk meningkatkan vaksinasi di negara itu.
Itali menjadi antara negara Eropah pertama mengenakan sekatan penuh bagi menangani penularan gelombang ketika COVID-19.
Angka rasmi COVID-19 di negara itu merekodkan 108,000 kematian akibat COVID-19.
Astro Awani
Wed Mar 31 2021

Mario Draghi dan isterinya berbual sambil menunggu untuk disuntik dengan vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi yang dibuka di stesen kereta api Termini, Rom, Itali, 30 Mac, 2021. REUTERS

Serangan | Marahkan polis, bomba jadi mangsa
Di saat sedang payah memadam kebakaran di sebuah sekolah di bandar Lille di Perancis, dilempar pula dengan objek berupa peluru dari bangunan berdekatan. Itu yang dilalui anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman di bandar tersebut.

Serangan | Pegawai polis maut ditikam
Seorang pegawai polis wanita maut ditikam di sebuah balai polis di Rambouillet Perancis pada Jumaat. Menurut pihak berkuasa, penyerangnya bagaimanpun ditembak mati oleh pegawai yang berada berhampiran lokasi kejadian.

KRI Nanggala 402 | Operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Usaha mencari dan menyelamat kapal selam KRI Nanggala 402 bersama 53 anak kapal di perairan Bali diteruskan pada Jumaat. Ketua Tentera Laut Indonesia memaklumkan, oksigen di dalam kapal selam itu dijangka habis pada jam 3 pagi Sabtu.

Kes hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan polis
Sumber dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan penahanan tersebut.

VFive Group lancar yayasan pertingkat CSR syarikat
Ia merupakan inisiatif memantapkan CSR dan berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Bonus Raya | Guna bonus Raya untuk PdPR anak
Jika sebelum ini Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri penjawat awam digunakan untuk persediaan menyambut Syawal namun mungkin berbeza bagi sebahagian penerima untuk tahun ini. Ramai kalangan mereka berkemungkinan memannfaatkanya untuk penambaikan pendidikan anak-anak bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana PdPR kini menjadi sebahagian daripada norma baharu yang perlu diamalkan bagi mengekang penularan COVID-19.

10 Berita Pilihan - (23 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Siasatan Polis | Fahmi Reza ditahan hina Permaisuri Agong
Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan Polis Diraja Malaysia pada Jumaat. Difahamkan, Fahmi ditahan atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sukuk Malaysia | Masyarakat antarabangsa semakin yakin - PM
Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini juga bank dunia membuat unjuran yang ekonomi Malaysia berkembang sebanyak enam peratus tahun ini manakala kerajaan menetapkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara enam hingga 7.5 peratus.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 April 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langganan sukuk 6.4 kali cermin keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia - PM
Terbitan Sukuk Kelestarian Malaysia yang mencatatkan langganan 6.4 kali semalam mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehan ekonomi negara untuk kembali kukuh.

Kerajaan sunguh-sungguh urus krisis kesihatan - Perdana Menteri
Setiap hari Muhyiddin bersama anggota kerajaan bermesyuarat bagi membincangkan perkembangan mutakhir kes, kemudahan pesakit, keperluan ventilator serta tuntutan rakyat yang lain.

Kabinet Singapura dirombak, tujuh menteri bertukar portfolio
Selepas dua minggu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Anwar gagal peroleh kebenaran mahkamah cabar Ordinan Darurat
Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu selaku pemohon.

Industri mineral disasar sumbang RM29 bilion kepada KDNK menjelang 2030 - Muhyiddin
Kerajaan menyasarkan sumbangan industri mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM29 bilion menjelang 2030.

Kerajaan sambung pajakan tanah SMK Convent Bukit Nanas 60 tahun lagi
Kerajaan mempertimbangkan permohonan Lembaga Pengelola sekolah selepas meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas.

Ranhill tandatangan MoU pembangunan industri mineral
Majlis menandatangani MoU itu di sebuah hotel di sini, disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Agong perkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat menghadap serah memorandum
Al-Sultan Abdullah memperkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap dan menyerahkan memorandum kepada baginda.