WABAK koronavirus (COVID-19) yang bermula di wilayah Wuhan, China pada akhir tahun lalu telah mengorbankan lebih 2,400 orang dan kini merebak ke seluruh dunia.

Di luar republik tersebut, jumlah kematian yang direkodkan ialah 26 kes manakala lebih 1,500 kes jangkitan direkodkan.

Pastinya, kebanyakan kes tertumpu di Korea Selatan dan kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama.

Berikut ialah rangkuman perkembangan terkini COVID-19 di negara-negara yang terjejas:

CHINA

Setakat Ahad, terdapat sekitar 77,000 orang dijangkiti dan 2,442 yang meninggal dunia di seluruh China dengan majoriti di bandar Wuhan (ibu kota wilayah Hubei).

Dua orang meninggal dunia dan lebih 70 orang telah dijangkiti dengan wabak tersebut di Hong Kong.

Di Macau pula, 10 kes jangkitan telah direkodkan.

ASIA

Korea Selatan: 602 kes jangkitan dilaporkan manakala enam orang mangsa telah meninggal dunia.

Jumlah kes telah meningkat dengan mendadak selepas wabak tersebut merebak di bandar Daegu.

Jepun: Lebih 130 orang telah dijangkiti COVID-19 dan empat mangsa telah meninggal dunia. Tiga daripada kes kematian yang dicatatkan merupakan penumpang kapal persiaran Diamond Princess, di mana jumlah jangkitan akibat COVID-19 ialah 630.

Singapura: 89

Thailand: 35

Taiwan: 26 kes, termasuk satu kematian

Malaysia: 22

Australia: 22

Vietnam: 16

Filipina: 3 kes, termasuk satu kematian

India: 3

Nepal: 1

Sri Lanka: 1

Kemboja: 1

AMERIKA UTARA

Amerika Syarikat: 35

Kanada: 9

EROPAH

Itali: 149 jangkitan, tiga kematian.

Pada Sabtu, Itali merupakan negara pertama di Eropah yang mengkuarantinkan warganegaranya, dengan lebih 50,000 penduduk di 11 bandar yang menghadapi “lockdown”.

Jerman: 16

Perancis: 12, termasuk satu kematian

Britain: 13

Rusia: 5

Sepanyol: 2

Finland: 1

Sweden: 1

Belgium: 1

TIMUR TENGAH

Iran: 43 jangkitan, 8 kematian.

Iran merekodkan jumlah kematian terbesar di luar China.

Emiriah Arab Bersatu (UAE): 13

Israel: 2

Lubnan: 1

Mesir: 1