LONDON:Ratu Elizabeth II dan suaminya, Putera Philip telah menerima suntikan vaksin COVID-19, menurut jurucakap Istana Buckingham.
Menurut sumber diraja, pemberian suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman diraja Windsor Castle.
Ratu Elizabeth II yang berusia 94 tahun dan Duke of Edinburgh, 99 tahun, merupakan golongan kategori berisiko dan diberikan keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin di Britain.
Anak lelaki mereka, Putera Charles disahkan positif jangkitan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani kuarantin pada Mac lalu.
Putera berusia 72 tahun itu berkata beliau bernasih baik kerana hanya mengalami gejala ringan.
Dalam pada itu, cucu Ratu Elizabeth, Putera William juga dikesan positif COVID-19 pada April lalu.
Setakat malam Isnin (11 Januari 2021), United Kingdom merekodkan 3,081,368 kes positif jangkitan wabak COVID-19 dan sebanyak 81,567 kes kematian direkodkan.
Agensi
Mon Jan 11 2021

Ratu Elizabeth II yang berusia 94 tahun dan Duke of Edinburgh, 99 tahun, merupakan golongan kategori berisiko dan diberikan keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin di Britain. - AP

Jenayah | Dua laras senapang, pistol dijumpai dalam sungai
Polis Kelantan akhirnya menemui dua laras senapang dan satu pistol yang dibuang ke dalam sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas pada Jumaat lalu. Selaras senapang patah, selaras senapang jenis AK47 dan satu pistol itu dipercayai dibuang dua suspek ke dalam sungai itu untuk melupuskan bukti kegiatan pemburuan secara haram.

Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Duke And Duchess Of Sussex mengumumkan cahaya mata kedua mereka adalah anak perempuan. Pendedahan itu dibuat Putera Harry dan isterinya Meghan Markle sendiri kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.

Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
Duke dan Duchess Of Sussex membuat beberapa pendedahan mengejutkan dalam temu bual bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan pada Ahad. Meghan Markle menceritakan tentang tekanan yang dialami sejak menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain, sehingga mula memikirkan tentang cara membunuh diri. Menurut Meghan, antara isu yang dipertikaikan keluarga itu, termasuk warna kulit anaknya, dikhuatiri terlalu gelap.

Hari Wanita | 120 juta bunga diimport sempena meraikan wanita
Hari wanita disambut meriah di Rusia, antara negara yang menetapkan 8 Mac sebagai cuti umum setiap tahun. Sudah menjadi tradisi di negara itu untuk memberi bunga kepada wanita sempena sambutan istimewa ini.

Pembukaan Sekolah | Wujudkan pusat sehenti pemerikasaan kesihatan
Pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar. Yang Dipertua Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan bebanan guru.

Pembukaan Sekolah | Mansuh cuti penggal, elak lebih ketinggalan
Dalam pada itu mimbar turut mencadangkan supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan. Jelas Yang Dipertuanya Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelari semula subjek atau topik yang tertinggal. Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasaskan asrama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut 10 pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi termasuk mendakwa ahli keluarga diraja Britain menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

COVID-19: Ratu Elizabeth, Putera Philip terima suntikan vaksin
Menurut sumber diraja, suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman diraja Windsor Castle.

Ratu Elizabeth II buat kemunculan kali pertama sejak perintah berkurung di Britain
Ratu Elizabeth II dilihat membuat kemunculan awam pada Ahad buat pertama kalinya sejak perintah berkurung di Britain dikuatkuasakan.

VE Day disambut sederhana di Jerman dan UK
Hari kemenangan Perang Dunia Kedua di Eropah disambut dengan sederhana tahun ini.

Putera Harry luah rasa hati, pertahan Meghan dalam sengketa keluarga Diraja
Harry berkata keputusan tersebut sememangnya membawa kesedihan dalam dirinya dan ia dibuat bagi pihak Meghan dan anak kecil mereka Archie.

Hendakkan kebebasan, tak perlu panggil Harry dan Meghan 'Yang Mulia' lagi - Ratu Elizabeth
Pasangan Diraja Britain, Putera Harry, 35, dan Meghan, 38, kini tidak lagi memegang gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia).

Suami kepada Ratu Elizabeth, Putera Phillip dimasukkan ke hospital
Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata Phillip yang berumur 98 tahun dimasukkan ke Hospital King Edward V11 London dari rumah keluarganya di Norfolk untuk pemantauan dan mendapatkan rawatan.

Agong harap kerjasama Malaysia-UK dipertingkatkan
Seri Paduka yang dalam lawatan khas ke UK sehingga 16 Dis ini bertitah, hubungan baik antara kedua-dua negara selama ini mampu membantu mengembangkan lagi kerjasama yang sedia terjalin.

Putera Edward dijadual lawat Malaysia 10 September ini
Kerabat diraja Britain, Putera Edward dijangka tiba di Malaysia pada 10 September ini bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari.

Ratu Elizabeth II perkenan gantung Parlimen Britain
Baginda membuat keputusan itu ketika sesi Privy Council di Balmoral walaupun pemimpin pembangkang menghantar surat meminta mesyuarat tergempar dengan Ratu Elizabeth memohon baginda menangguhkannya.