awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rusia catat jumlah kematian bulanan tertinggi pada Oktober

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
01:04 MYT
COVID-19: Rusia catat jumlah kematian bulanan tertinggi pada Oktober
Anggota perubatan membawa pesakit yang disyaki COVID-19 di atas pengusung di sebuah hospital di Kommunarka, di pinggir Moscow, Rusia, 22 Nov 2021. (Foto AP)
AGENSI Perangkaan Negara Rusia mendedahkan sebanyak 74,893 kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada Oktober, jumlah bulanan tertinggi di negara itu.
Laporan Rosstat mendedahkan, jumlah keseluruhan kematian berkaitan COVID-19 antara April 2020 dan Okt 2021 di negara itu adalah lebih 537,000.
Angka itu hampir dua kali ganda jumlah yang dilaporkan secara meluas oleh pasukan petugas koronavirus Rusia setakat ini memandangkan Rosstat menggunakan kriteria yang lebih luas dalam sistem penjumlahannya.
Menurut laporan itu, daripada hampir 75,000 kematian pada Okt, 58,822 disahkan COVID-19 dan 9,912 kematian lain, mungkin disebabkan oleh virus itu, tetapi tidak disahkan menerusi ujian.
Dalam 1,141 kes, virus itu "dengan ketara" menyumbang kepada komplikasi maut penyakit lain dan 5,018 orang diuji positif untuk virus itu tetapi meninggal dunia kerana sebab lain.
Timbalan Perdana Menteri Tatyana Golikova yang mengetuai pasukan petugas berkata, kematian keseluruhan di Rusia meningkat sebanyak 20.3% pada Okt tahun ini berbanding tempoh yang sama pada 2020, dan menganggap semua peningkatan itu disebabkan oleh COVID-19.
Rusia melaporkan 32,974 lagi kes baharu COVID-19 dan 1,215 kematian pada Sabtu.
Negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini menghadapi lonjakan kes koronavirus yang paling dahsyat dan terbesar, dengan jangkitan dan kematian yang dilaporkan secara rasmi mencecah paras tertinggi sepanjang masa dan hanya perlahan dalam beberapa minggu lalu.
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#Rusia
#COVID-19
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan