awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan

Agensi
Agensi
25/12/2025
21:45 MYT
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Tentera Israel pada Khamis (25 Dis) mendakwa telah membunuh seorang anggota Pasukan Quds Iran di Lubnan yang terlibat merancang serangan dari Syria dan Lubnan. - Gambar X @James_J_Marlow
BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Khamis (25 Dis) mendakwa telah membunuh seorang anggota Pasukan Quds Iran di Lubnan yang terlibat merancang serangan dari Syria dan Lubnan.
Dalam kenyataan, tentera Israel mengenal pasti individu itu sebagai Hussein Mahmoud Marshad al-Jawhari, yang digambarkan sebagai penggerak utama Unit 840 di bawah Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
Al-Jawhari dilaporkan terbunuh di kawasan Ansariyeh, selatan Lubnan, tanpa perincian lanjut mengenai operasi tersebut.
“Beliau beroperasi di bawah IRGC dan terlibat dalam aktiviti keganasan yang diarahkan Iran terhadap Israel dan pasukan keselamatannya,” menurut kenyataan itu.
Israel dan Iran pernah berperang singkat pada Jun lalu, dan sejak itu tentera Israel melancarkan serangan hampir setiap hari di Lubnan.
Israel mendakwa, operasi tersebut bertujuan menghalang kumpulan Hezbollah yang disokong Iran daripada membina semula kekuatan ketenteraan.
Gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat pada November 2024 menamatkan lebih setahun pertempuran antara Israel dan Hezbollah.
Perjanjian itu menetapkan pelucutan senjata Hezbollah, bermula di kawasan selatan Sungai Litani berhampiran sempadan Israel.
Setakat ini, tiada kenyataan segera daripada pihak berkuasa Iran atau Lubnan berhubung dakwaan Israel. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tentera Israel
#anggota Quds Iran
#IRGC
#Hussein Mahmoud Marshad al-Jawhari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami