MOSCOW: Rusia menandatangani perjanjian untuk menghasilkan 10 juta dos vaksin COVID-19 Sputnik V di Itali tahun ini.

Perjanjian itu diumumkan Dewan Perdagangan Itali-Rusia.

Antara lain, ia ditandatangani Adienne SRL, sebuah syarikat farmaseutikal Itali yang berpangkalan di Switzerland dengan dana pelaburan langsung dari Rusia.

Dewan Perdagangan Itali-Rusia menyatakan pihak berkuasa Rusia mengusahakan 20 kerjasama serupa di seluruh Eropah dan Sputnik V didaftarkan di 45 negara di seluruh dunia.

Dana pelaburan langsung Rusia yang mendaftarkan vaksin dan memasarkannya ke luar negeri mengatakan pengeluaran Sputnik V akan menjangkau beberapa negara, termasuk India, Korea Selatan, Brazil, China, Turki, Iran, serta Belarus dan Kazakhstan.

Beberapa pengeluar di luar negara juga dilapor telah menghasilkan sejumlah besar percubaan vaksin Rusia itu.