awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
Negara-negara Arab kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS salur dana AS$11 bilion untuk tingkat ujian saringan

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2020
01:30 MYT
COVID-19: AS salur dana AS$11 bilion untuk tingkat ujian saringan
TRUMP: Dana itu akan memastikan AS melaksanakan lebih banyak ujian saringan berbanding negara lain. -REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pentadbirannya telah meluluskan AS$11 bilion (kira-kira RM48 bilion) kepada setiap negeri dan wilayah di negara itu untuk meningkatkan ujian saringan COVID-19.
Katanya, dana itu akan memastikan AS melaksanakan lebih banyak ujian saringan berbanding negara lain.
"Untuk memperluas kemampuan pengujian negara, saya mengumumkan bahawa pentadbiran telah meluluskan dana AS$11 bilion untuk negeri di AS dan wilayahnya.
“Jadi ia telah dipersetujui. Kita telah melaksanakannya dan telah selesai.
"Pelaburan utama ini akan memastikan AS terus melakukan lebih banyak ujian daripada negara lain di dunia ini,” kata Trump.
Mengikut laporan dalaman daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kes baharu dijangka melonjak pada pertengahan bulan ini dan mungkin mencecah 200,000 kes sehari pada 1 Jun nanti.
CDC turut menjangkakan angka kematian harian COVID-19 akan meningkat kepada 3,000 korban.
Daripada sembilan model yang dipetik oleh CDC pada 1 Mei lalu, tiga daripadanya meramalkan 100,000 kematian bakal direkodkan dalam tempoh empat minggu ini.
Salah satu model daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) menjangkakan 113,000 tambahan kematian pada 1 Jun nanti.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#ASD11 bilion
#CDC
#COVID-19
#Donald Trump
#koronavirus
#Massachusetts Institute of Technology
#memperluas kemampuan pengujian
#meningkatkan ujian saringan
#Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan