awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
27/12/2025
10:05 MYT
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
Menurut Shahida, Pas memiliki garis panduan yang jelas berlandaskan kenyataan rasmi yang dibuat Presiden dan kepimpinan parti di peringkat Pusat. - Foto Astro AWANI
KANGAR: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru setiap ahli parti itu terutamanya wakil rakyat dan individu yang memegang jawatan di dalam parti untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan membabitkan isu politik yang berlaku di Perlis.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru ahli Pas untuk mengelakkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan politik di Perlis.
  • Beliau menegaskan tindakan label-melabel dan tuduh-menuduh di media sosial perlu dielakkan kerana boleh mencetuskan kegentingan.
  • Shahidan menekankan bahawa PN Perlis fokus pada perpaduan parti serta persediaan untuk Pilihan Raya Kecil atau Umum akan datang.

Menurutnya yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, tindakan seperti label-melabel dan tuduh-menuduh yang berlaku di media sosial kebelakangan ini terutamanya selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perletakan jawatan Menteri Besar Perlis diibaratkan seperti mencurah minyak ke api yang sedang menyala.
Beliau turut menyatakan parti itu juga memiliki garis panduan yang jelas berlandaskan kenyataan rasmi yang dibuat Presiden dan kepimpinan parti di peringkat Pusat yang mana ia merupakan hasil perbincangan serta penelitian yang panjang merangkumi pelbagai aspek.
"Tak payah la (beri kenyataan yang boleh keruhkan keadaan) orang yang bercakap itu (saya rasa) tidak tahu dia fake account atau apa, kalau (mereka) di kalangan orang Pas dia tidak boleh keluar kenyataan (seperti itu).
"Ada (juga) wakil rakyat keluar kenyataan, (jadi) saya sedang perhati, bukan saya duduk diam, dia tidak boleh sama ada wakil rakyat atau orang biasa tidak boleh keluar kenyataan (yang memburukkan keadaan).
"Kalau ada mana-mana pihak termasuk wakil rakyat, kalau daripada Pas tidak boleh keluar kenyataan dan tidak boleh lagakan orang sebab parti ini bukan kita punya, parti ini adalah hak bersama," katanya.
Shahidan berkata demikian ketika ditemui media di kediamannya di Jejawi, Kangar pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan fokus utama PN Perlis ketika ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan antara parti selain menenangkan keadaan dalam kalangan pihak terlibat membabitkan isu yang berlaku.
Selain itu, persiapan juga sedang giat dilakukan di peringkat gabungan sama ada membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tambah Shahidan, keputusan untuk melantik Menteri Besar baharu juga adalah kuasa mutlak Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.




Topic Berkaitan
#Krisis Politik Perlis
#Shahidan Kassim
#PAS
#Perikatan Nasional
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan