awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
Seorang lelaki, wanita ditahan miliki dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sebahagian besar jururawat dalam keadaan tertekan

Agensi
Agensi
10/10/2020
22:31 MYT
COVID-19: Sebahagian besar jururawat dalam keadaan tertekan
Menurut Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN), pembekalan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk jururawat dan pekerja kesihatan di beberapa rumah jagaan tetap tidak mencukupi. - Gambar REUTERS
SEBAHAGIAN besar jururawat yang bertugas merawat pesakit COVID-19 kini dilaporkan kepenatan atau mengalami tekanan psikologi serta menghadapi penderaan atau diskriminasi di luar tempat kerja.
Menurut Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN), pembekalan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk jururawat dan pekerja kesihatan di beberapa rumah jagaan tetap tidak mencukupi.
Kenyataan itu dikeluarkan agensi antarabangsa itu sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pada Sabtu. Ketua Eksekutif ICN, Howard Catton berkata pihaknya sangat prihatin terhadap kesan kesihatan mental kepada jururawat.
Jelasnya, tinjauan terbaru terhadap persatuan jururawat kebangsaan menunjukkan lebih daripada 70 peratus berpendapat jururawat menjadi subjek kepada keganasan atau diskriminasi.
Akibatnya, mereka sangat prihatin terhadap kes-kes tekanan psikologi melampau dan mental.
Angka itu berdasarkan respons daripada sekitar satu per empat Persatuan Jururawat Kebangsaan di lebih 130 buah negara.
Kata Catton, jururawat berdepan pelbagai masalah yang mempengaruhi kesihatan mental mereka, termasuk penderaan fizikal dan lisan.
Bagaimapun, katanya beberapa rumah jagaan dan kemudahan penjagaan jangka panjang di Eropah dan Amerika Utara serta selatan masih kekurangan bekalan PPE.
Topic Berkaitan
#jururawat
#tertekan
#kesihatan mental
#barisan hadapan
#kesihatan
#COVID-19
#PPE
#KKM
#SOP
#Majlis Jururawat Antarabangsa
#ICN
#Howard Catton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan