awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sektor awam, swasta AS digesa tingkat vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2021
23:42 MYT
COVID-19: Sektor awam, swasta AS digesa tingkat vaksinasi
Pasukan khas COVID-19 itu juga memberikan garis panduan Hari Buruh dan nasihat kepada ibu bapa apabila anak-anak kembali ke sekolah. - Foto AP
PASUKAN petugas koronavirus White House menggesa keperluan sektor awam dan swasta meningkatkan kadar vaksinasi dalam menangani COVID-19.
Koordinator Tindak Balas COVID-19 White House, Jeff Zients berkata, Presiden Joe Biden telah mengenakan syarat agar penjawat awam divaksin pada bulan lalu.
Jelasnya kini lebih daripada 800 kolej dan universiti, 200 majikan penjagaan kesihatan, perniagaan kecil dan besar di seluruh negara serta negeri dan daerah yang mengikuti arahan Presiden.
"Apa yang penting, syarat vaksinasi berfungsi, mereka menaikkan kadar vaksinasi dan kita memerlukan lebih banyak perniagaan dan majikan lain, termasuk sistem penjagaan kesihatan, sekolah, kolej dan universiti, untuk meningkatkan dan melakukan peranan mereka bagi membantu mengakhiri wabak dengan lebih cepat," katanya.
Tegas Zients, mewajibkan vaksinasi adalah kaedah yang berkesan untuk menangani COVID-19.
Sementara itu, pasukan khas COVID-19 itu juga memberikan garis panduan Hari Buruh dan nasihat kepada ibu bapa apabila anak-anak kembali ke sekolah.
Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat, Rochelle walensky berkata, individu yang diberikan vaksin lengkap dan memakai pelitup muka dibenarkan untuk melakukan perjalanan.
Sekiranya tidak divaksin, CDC tidak menyarankan untuk melakukan perjalanan.
CDC turut mengesyorkan agar setiap individu yang layak, diberikan vaksin sebelum sekolah bermula.
"Yang paling penting, CDC mengesyorkan agar setiap orang yang layak mendapat vaksinasi, diberi vaksin sebelum sekolah bermula.
"Sekiranya anda atau anak anda yang layak mendapat vaksin, belum diberikan suntikan, anda tidak terlambat untuk memulakan siri vaksin anda," katanya.
Beliau turut menjelaskan, pemakaian pelitup muka sangat penting di sekolah untuk pelajar, guru, kakitangan dan pelawat tanpa mengira status vaksinasi mereka.
CDC juga mengesyorkan sekolah menggunakan strategi tambahan untuk menjaga keselamatan pelajar termasuk pengudaraan yang lebih baik, penjarakan fizikal dan menetapkan program saringan untuk pelajar dan guru.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#pelajar
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan