SEPARUH daripada 54 juta populasi Myanmar berdepan risiko dijangkiti COVID-19 dalam tempoh dua minggu.

Amaran ini dinyatakan Britain kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan bagi membincangkan situasi di Myanmar.

Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward desak badan dunia itu memastikan pelaksanaan Resolusi 2565, yang menuntut gencatan senjata di zon konflik.

Ini bagi membolehkan penghantaran vaksin COVID-19 dengan selamat.

Myanmar berada dalam krisis sejak junta tentera rampas kuasa pada Februari.

Ketika ini kebanyakkan hospital tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk merawat kes COVID-19.

Ini diburukkan lagi dengan pertambahan kes, selepas petugas kesihatan menyertai protes anti junta.

PBB menganggarkan hanya 40 peratus kemudahan kesihatan Myanmar berfungsi ketika ini.

Pada Rabu, Myanmar rekodkan hampir 5,000 kes harian.

Jumlah yang divaksin pula hanya sekitar 1.75 juta orang.