awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Setahun selepas perintah berkurung, kehidupan di Wuhan kembali normal

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2021
22:18 MYT
COVID-19: Setahun selepas perintah berkurung, kehidupan di Wuhan kembali normal
Wuhan merupakan wilayah pertama di mana virus itu dikesan di sebuah pasar basah pada Disember 2019. (Foto AP)
BANDAR ndar Wuhan yang merupakan wilayah pertama di dunia yang dikuatkuasakan perintah berkurung akibat COVID-19 kini kembali normal dengan aktiviti ekonomi dan sosial berjalan seperti biasa.
Pada Disember 2019, Wuhan merupakan wilayah pertama di mana virus itu dikesan di sebuah pasar basah.
Setahun yang lalu, notifikasi dihantar ke telefon pintar orang ramai di Wuhan pada pukul 2 pagi 23 Jan 2020 mengenai pengumuman perintah berkurung.
Langkah itu membuatkan pusat perindustrian dan pengangkutan China yang begitu sibuk, terhenti semalaman.
Perintah berkurung berlangsung selama 76 hari sehingga 8 April.
Namun kini semuanya berbeza pada awal pagi Sabtu lalu, apabila 111 juta penduduk kota di Wuhan mengamalkan kehidupan normal dengan kembali meneruskan aktiviti harian mereka.
Jalan raya yang lengang semasa perintah berkurung kini kembali sibuk dengan pelbagai kenderaan.
Semua perniagaan juga kembali dibuka seperti sedia-kala.
Bagaimanapun, kehidupan normal ini masih mengamalkan norma-norma baharu termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Sekolah dibuka namun banyak yang telah beralih ke pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Aplikasi telefon pintar digunakan untuk mengesan pergerakan orang ramai dan membuktikan bahawa bebas daripada virus dan belum pernah ke kawasan di mana terdapat kes yang disyaki ditemukan.
Pihak berkuasa China masih mengambil langkah berjaga-jaga susulan terdapat 107 kes lagi dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 88,911.
Topic Berkaitan
#China
#ekonomi
#sekolah
#telefon pintar
#COVID-19
#pelitup muka
#perintah berkurung
#pengajaran dan pembelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan