awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
Baki 16 tuntutan MA63 pada peringkat rundingan - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat kematian ke-27

Bernama
Bernama
14/07/2020
20:28 MYT
COVID-19: Singapura catat kematian ke-27
Sehingga tengah hari Selasa, sejumlah 196 kes jangkitan COVID-19 telah didiscaj dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti. - REUTERS/Gambar hiasan
Singapura, yang mencatat 347 kes baharu COVID-19 pada Selasa, melaporkan satu lagi kematian, menjadikan jumlah korban akibat jangkitan coronavirus setakat ini ialah 27 orang.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) semalam, kematian terkini membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 62 tahun yang meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang.
Dikenal pasti sebagai Kes No 17168, mangsa disahkan dijangkiti COVID-19 pada 30 April dan mempunyai sejarah penyakit diabetes mellitus, hipertensi 3 dan hiperlipidemia, menurut kementerian itu.
Singapura mencatat dua kematian pertamanya akibat COVID-19 pada 21 Mac.
Sehingga tengah hari Selasa, sejumlah 196 kes jangkitan COVID-19 telah didiscaj dari hospital atau kemudahan isolasi komuniti.
Sejumlah 42,737 pesakit, atau kira-kira 92 peratus, daripada jumlah keseluruhan iaitu 46,630 telah pulih sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#diabetes
#discaj
#kematian
#kes positif
#koronavirus
#mangsa
#meninggal dunia
#rakyat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan