awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117

Bernama
Bernama
26/01/2021
20:25 MYT
COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117
Sehingga Selasa, republik Singaoura melaporkan 14 kes baharu, kesemuanya import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 59,366. - Gambar fail
SINGAPURA:Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Selasa.
Menurut kementerian itu, perkara tersebut didedahkan menerusi penjujukan genom keseluruhan dan analisis filogenetik yang dikendalikan Makmal Kesihatan Awan Kebangsaan.
Menerusi data penuh yang dikeluarkan di sini, MOH berkata siasatan epidemiologi mendedahkan bahawa Kes ke-59,340 dan ke-59,351 telah berkunjung ke Lapangan Terbang Jewel Changi pada 31 Dis 2020 antara 2.35 petang dan 9.50 malam manakala Kes ke-59,028 berada di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada hari sama antara 7.48 malam dan 8.49 malam.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH berkata ia akan memulakan satu operasi khas yang menawarkan ujian saringan kepada kakitangan yang bertugas dari 31 Dis di Lapangan Terbang Jewel Changi dan di kedai serta tempat makan yang dibuka kepada orang awam di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.
Kes ke-59,028 ialah seorang lelaki rakyat Korea berusia 24 tahun yang bekerja dengan Azur di Plaza Crowne Lapangan Terbang Changi dan telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 5 Jan lepas.
Kes ke-59,340 pula merupakan seorang rakyat tempatan yang bertugas dengan Persatuan Pengakap Singapura dan disahkan dijangkiti virus itu pada 15 Jan lepas.
Kes ke-59,351 merupakan pasangan Kes ke-59,340 dan bekerja di OCBC Tampines Centre One dan dia disahkan dijangkiti COVID-19 pada 15 Jan.
BACA: Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117
BACA: KKM terus pantau perkembangan strain virus UK B117
B117 dianggap sebagai strain virus COVID-19 berpotensi lebih mudah berjangkit yang kini menular di United Kingdom.
Sehingga Selasa, republik itu melaporkan 14 kes baharu, kesemuanya import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 59,366.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#strain
#varian
#B117
#COVID-19
#United Kingdom
#Kementerian Kesihatan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan