Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB

KTMB sedang menjalankan kerja pulih sistem elektrifikasi bagi memastikan operasi tren berjalan dengan lancar. -Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Sungkai-Slim River yang terjejas akibat kejadian pokok tumbang semalam, telah kembali beroperasi seperti biasa menggunakan satu landasan bermula 6.32 pagi tadi, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Ringkasan AI
- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi selepas kejadian pokok tumbang, walaupun masih terdapat kelewatan.
- KTMB sedang menjalankan kerja pulih sistem elektrifikasi bagi memastikan operasi tren berjalan dengan lancar.
- Penumpang ETS yang terjejas boleh dapatkan pemulangan tambang penuh dan membuat tuntutan insurans jika mengalami kelewatan lebih dari empat jam.
Menurut kenyataan itu kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi di lokasi kejadian sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal KTMB bagi memastikan operasi tren dapat dipulihkan sepenuhnya dengan selamat dan secepat mungkin.
"KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama para penumpang sepanjang tempoh gangguan tersebut.
"Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelewatan melebihi dua jam, layak mendapatkan pemulangan tambang penuh di kaunter tiket dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perjalanan, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, penumpang yang mengalami kelewatan perjalanan sehingga atau melebihi empat jam dan telah membeli Pelan Takaful Premium, boleh membuat tuntutan dengan menghubungi Etiqa Claim Assist atau melalui e-mel kepada [email protected].
Terdahulu, KTMB menyediakan 12 bas bagi tujuan pemindahan penumpang ke Stesen Slim River bagi perjalanan arah utara atau Stesen Sungkai bagi perjalanan arah selatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi menggunakan perkhidmatan tren.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) laluan Sungkai-Slim River terjejas? A: Kejadian pokok tumbang menyebabkan perkhidmatan ETS terjejas.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh KTMB bagi mengatasi kelewatan perjalanan ETS? A: KTMB menyediakan 12 bas bagi pemindahan penumpang ke stesen lain sebelum meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan tren.
- Q: Apakah langkah yang diambil pasukan teknikal KTMB bagi memulihkan operasi tren sepenuhnya? A: Pasukan teknikal KTMB sedang giat melaksanakan kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi di lokasi kejadian.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

