SINGAPURA:Singapura telah mengesan kes pertama kemungkinan kebolehjangkitan semula COVID-19 yang melibatkan pekerja migran di sebuah asrama, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Walaupun kebolehjangkitan semula jarang berlaku, namun kementerian, setelah mendapat nasihat pakar, menilai bahawa bukti klinikal dan makmal "menunjukkan ia berkemungkinan kes kebolehjangkitan semula".
Tambahan kepada hasil ujian reaksi polimerase berantai (PCR) yang positif, kementerian memaklumkan, terdapat peningkatan yang nyata dalam titer antibodi berbanding tempoh sebelum kebolehjangkitan, "menyarankan pesakit telah terdedah kepada jangkitan baharu yang meningkatkan tahap antibodinya".
"Virus yang dikesan di dalam sampel yang diambil pada Januari 2021 juga berbeza secara genetik dengan (virus) yang ada kaitan dengan wabak di asrama pada 2020, menunjukkan bahawa jangkitan ini berkemungkinan berbeza dan baharu," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.
Panel pakar terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional.
Menurut MOH, pihaknya akan terus memantau kes COVID-19 yang dapat dipulihkan untuk menentukan pasca imun jangkitan pesakit.
"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa pekerja yang telah pulih di asrama berkenaan mengalami kehilangan pasca imun jangkitan yang signifikan," katanya.
Kementerian memaklumkan, pekerja berkenaan yang sebelum ini dilabelkan sebagai kes 2513, dikenal pasti daripada pemeriksaan pemantauan berjadual yang dijalankan sebagai sebahagian daripada pengawasan terhadap pekerja yang telah pulih bagi memantau pasca keimunan jangkitan mereka.
MOH memaklumkan kes membabitkan lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang mempunyai permit kerja yang tinggal di asrama, di 43 Tech Park Crescent.
Beliau disahkan menghidap jangkitan COVID-19 pada 12 April 2020 dan kemudian pulih dan secara konsisten diuji negatif untuk jangkitan COVID-19 sejak Jun 2020.
Bagaimanapun, pada 25 Jan lepas, hasil ujian jangkitan COVID-19 adalah positif dan beliau telah diasingkan.
"Banyak ujian berulang yang dilakukan juga didapati positif terhadap jangkitan COVID-19," menurut kementerian itu.
MOH juga memaklumkan pekerja itu yang kini ditempatkan di NCID, telah dilaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Jan, namun, tidak mengalami gejala.
Setakat ini, semua kontak rapat kes berkenaan yang dikenal pasti telah diuji negatif COVID-19 dan telah diasingkan serta dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
![COVID-19: Singapura kesan kes pertama kebolehjangkitan semula COVID-19: Singapura kesan kes pertama kebolehjangkitan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612667974_vaccine.jpg)
Warga tempatan berusia 70 ke atas hadir bagi mendapatkan dos vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di Singapura, 27 Jan, 2021. - Gambar hiasan/REUTERS
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Malaysia raih manfaat limpahan permintaan pusat data - Moody's Ratings Malaysia raih manfaat limpahan permintaan pusat data - Moody's Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Malaysia raih manfaat limpahan permintaan pusat data - Moody's Ratings
Kapasiti pusat data Asia Pasifik dijangka menokok lebih dua kali ganda menjelang 2028 memandangkan ketegangan geopolitik akan menghalang pertumbuhan.
![Singapura tamatkan 3G secara berfasa mulai 1 Ogos Singapura tamatkan 3G secara berfasa mulai 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/51485155479_telcotower.jpg)
Singapura tamatkan 3G secara berfasa mulai 1 Ogos
Rangkaian 3G Singapura yang diperkenalkan lebih 20 tahun lalu akan ditamatkan secara berfasa mulai 1 Ogos.
![Panglima Tentera Darat Malaysia adakan lawatan pengenalan ke Singapura Panglima Tentera Darat Malaysia adakan lawatan pengenalan ke Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721778194_GENHafizuddeain.jpg)
Panglima Tentera Darat Malaysia adakan lawatan pengenalan ke Singapura
Semasa mesyuarat itu, mereka mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan yang kukuh antara Tentera Singapura dan Malaysia.
![Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0 Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721664266_skuadBbolasep.jpg)
Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini.
![Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721652698_tbBantuanKemanusiaa.jpg)
Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza
Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.
![Malaysia bincang cabaran diplomasi pertahanan dengan Singapura - Mohamed Khaled Malaysia bincang cabaran diplomasi pertahanan dengan Singapura - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721510311_TBKhaledNordin.jpg)
Malaysia bincang cabaran diplomasi pertahanan dengan Singapura - Mohamed Khaled
Dalam pertemuan itu pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya mengenai kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
![Kapal kontena berdaftar di Singapura diserang di Teluk Aden Kapal kontena berdaftar di Singapura diserang di Teluk Aden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721405450_Kapalkontena.jpg)
Kapal kontena berdaftar di Singapura diserang di Teluk Aden
Sebuah kapal kontena yang didaftarkan di Singapura, LOBIVIA terbakar selepas diserang peluru yang belum dikenal pasti ketika transit di Teluk Aden.
![Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721379452_grocerystore.jpg)
Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Perisian dibangunkan syarikat CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan operasi penerbangan di beberapa negara.
![Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708143091_bayi.jpg)
Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun
a berdasarkan "Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2023" yang diterbitkan pada 11 Julai, sejumlah 33,541 bayi dilahirkan pada 2023
![Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608616753_SitiNurhaliza.jpg)
Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai
Ekspo Malaysia Fest 2024 mulai 25 hingga 28 Julai di pusat konvensyen dan pameran EKSPO Singapura akan pamer pelbagai produk makanan, fesyen, kecantikan dan pelancongan negara ini.