awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun

Bernama
Bernama
28/06/2022
03:56 MYT
COVID-19: Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun
Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.
"Punca kematian akibat Encephalitis dicetuskan oleh COVID-19, Respiratory Syncytial Virus dan jangkitan Enterovirus.
Ia merupakan kematian pertama di Singapura melibatkan pesakit berumur bawah 12 tahun," menurut MOH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya pada Isnin.
Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti COVID-19.
Bayi itu telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, serta tidak sedarkan diri.
Pesakit kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk.
Ujian tindak balas rantai polimerase mendapati bayi berkenaan positif COVID-19 serta dua virus lain - Rhinovirus/Enterovirus dan Respiratory Syncytial Virus.
MOH mengucapkan takziah kepada keluarga pesakit.
"KKH sedang berhubung dengan keluarga untuk memberikan sokongan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.
Sehingga 12 tengah hari Isnin, republik itu melaporkan 5,309 kes baharu COVID-19 dan satu kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bayi
#kes kematian
#encephalitis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan