awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City

Bernama
Bernama
03/01/2026
04:00 MYT
Akmal Rizal  kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
Akmal Rizal berkata keputusan berkenaan amat mengecewakan memandangkan pasukan beraksi di laman sendiri. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Kekalahan tipis 0-1 kepada Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi, mengecewakan Penolong Ketua Jurulatih Kelantan Real Warriors FC Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Ringkasan AI
  • Kekalahan tipis 0-1 Kelantan Real Warriors FC kepada Kuching City FC di Liga Super mengecewakan Penolong Ketua Jurulatih Akmal Rizal disebabkan kegagalan penyerang menterjemahkan peluang yang ada.
  • Akmal Rizal mengakui keputusan itu amat mengecewakan kerana pasukan beraksi di laman sendiri namun gagal menjaringkan gol, sementara Kuching City FC bijak memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.
  • Kekalahan itu menyaksikan Kelantan Real Warriors FC kini berada pada kedudukan ke-10 liga dan Akmal Rizal sedang menilai keperluan untuk memperbaiki bahagian serangan pasukannya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Akmal Rizal berkata kekecewaan itu berpunca daripada kegagalan barisan penyerang menterjemahkan peluang meskipun pasukannya menguasai perlawanan serta mencipta beberapa peluang jaringan.
Beliau berkata keputusan berkenaan amat mengecewakan memandangkan pasukan beraksi di laman sendiri dan sedang berusaha mencari rentak kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super musim ini.
"Kita menguasai permainan, mengikut perancangan dan lebih banyak menyerang, namun gagal menjaringkan gol walaupun peluang ada," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Menurutnya, Kuching City FC pula bijak memanfaatkan peluang yang diperoleh apabila menjaringkan gol pada separuh masa pertama, selain mempamerkan disiplin tinggi di benteng pertahanan untuk mempertahankan kelebihan sehingga tamat perlawanan.
Pada perlawanan itu, Kuching City FC memperoleh gol tunggal menerusi Danial Amer pada minit ke-19 hasil rembatan dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Kelantan Real Warriors Damyanov Valeriy.
Kekalahan itu menyaksikan Kelantan Real Warriors FC kini berada pada kedudukan ke-10 liga dengan mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan, dua keputusan seri dan lapan kekalahan.
Akmal Rizal mengakui kegagalan menjaringkan gol turut dipengaruhi kualiti serta kekuatan fizikal pemain pertahanan import pasukan lawan.
"Penyerang kami sukar berdepan pertahanan lawan dari segi fizikal dan itu menyukarkan mereka untuk menjaringkan gol," katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang menilai keperluan untuk menambah kekuatan pada bahagian serangan, termasuk kemungkinan membawa masuk pemain import baharu, tertakluk kepada keputusan pengurusan kelab.
"Bahagian serangan kini berada dalam keadaan kritikal dan perlu diperbaiki bagi menghadapi baki pusingan kedua liga. Namun, sebagai jurulatih, saya menerima apa jua keputusan yang dibuat pengurusan," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah punca kekecewaan Penolong Ketua Jurulatih Kelantan Real Warriors FC selepas kekalahan kepada Kuching City FC? A: Kekecewaan itu berpunca daripada kegagalan barisan penyerang menterjemahkan peluang walaupun pasukan menguasai perlawanan.
  • Q: Bagaimanakah Kuching City FC berjaya menewaskan Kelantan Real Warriors FC dalam perlawanan tersebut? A: Kuching City FC bijak memanfaatkan peluang dengan menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan mempamerkan disiplin tinggi di pertahanan untuk mempertahankan kelebihan hingga tamat perlawanan.
  • Q: Apakah kedudukan terkini Kelantan Real Warriors FC dalam carta Liga Super selepas kekalahan tersebut? A: Kelantan Real Warriors FC kini berada pada kedudukan ke-10 dalam Liga Super dengan mengumpul 11 mata hasil dari tiga kemenangan, dua seri, dan lapan kekalahan.
  • Q: Mengapa Penolong Ketua Jurulatih menyatakan bahawa bahagian serangan pasukan sedang menghadapi keadaan kritikal? A: Bahagian serangan pasukan dianggap kritikal kerana penyerang sukar berdepan dengan kekuatan fizikal pemain pertahanan lawan, menyebabkan kesukaran dalam menjaringkan gol.
  • Q: Apa tindakan yang mungkin diambil oleh Kelantan Real Warriors FC bagi memperbaiki prestasi pasukan dalam baki pusingan kedua Liga Super? A: Pihak pasukan sedang menilai keperluan untuk menambah kekuatan pada bahagian serangan, termasuk kemungkinan membawa masuk pemain import baharu, tertakluk kepada keputusan pengurusan kelab.

Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#Kelantan Real Warriors FC
#Muhammad Akmal Md Tukirin
#keputusan perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan