awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes

Bernama
Bernama
05/03/2021
20:02 MYT
COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura melepasi 60,000 pada Jumaat selepas sembilan lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. -Astro AWANI
SINGAPURA: Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura melepasi 60,000 pada Jumaat selepas sembilan lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.
Kes baharu yang semuanya kes import itu telah dikeluarkan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu.
Kementerian itu masih meneliti butiran kes terbabit dan kemas kini lanjut akan dikongsi kemudian.
Sehingga 4 Mac, seramai 59,857 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah discaj dari hospital atau kemudahan komuniti di sini.
Pada masa ini terdapat 24 kes yang disahkan yang masih berada di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Sebanyak 88 kes, yang mempunyai gejala ringan atau yang disahkan sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.
Sehingga kini, 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#meninggal dunia
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kesihatan
#unit rawatan rapi
#kes import
#Notis Duduk di Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan