awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Terkurung 44 hari, kanak-kanak di Sepanyol kini dibenar keluar rumah

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2020
00:19 MYT
COVID-19: Terkurung 44 hari, kanak-kanak di Sepanyol kini dibenar keluar rumah
Kanak-kanak dibenarkan keluar rumah bersama ibu bapa atau penjaga mereka lebih daripada satu jam dan perlu berada dalam lingkungan satu kilometer dari rumah. -AP
Berjalan kaki, bermain basikal, papan selaju dan skuter.
Itulah antara aktiviti kanak-kanak di Sepanyol yang akhirnya dibenarkan untuk keluar pada Ahad setelah enam minggu tinggal di rumah berikutan perintah berkurung di Sepanyol.
Kelonggaran itu diberikan selepas Sepanyol yang merupakan antara negara Eropah yang teruk terjejas mencatatkan kematian terendah akibat virus itu dalam tempoh lima minggu.
"Saya mahu perintah berkurung ini berakhir supaya kami dapat kembali ke sekolah dengan rakan-rakan dan boleh keluar,” kata Alberto Terron, 10.
Ini adalah langkah pertama kerajaan melonggarkan sekatan secara berperingkat.
Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dibenarkan keluar buat kali pertama sejak perintah berkurung pada 14 Mac lalu yang menutup sebahagian besar kehidupan orang awam dan kegiatan ekonomi.
"Ia adalah tempoh yang sukar kerana mereka mempunyai kelas dalam talian bermula 9 pagi sehingga 1 petang.
"Saya dan isteri bekerja dari rumah dan amat sukar untuk menjaga mereka serta memberi perhatian kepada pelanggan, majikan dan rakan sekerja,” kata bapa Alberto, David Terron.
Kanak-kanak itu dibenarkan keluar rumah bersama ibu bapa atau penjaga mereka lebih daripada satu jam dan perlu berada dalam lingkungan satu kilometer dari rumah.
Kanak-kanak dilihat masih memakai topeng muka sebagai perlindungan ketika berjalan-jalan di Madrid.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#Kanak-kanak
#kerajaan
#koronavirus
#sekolah
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan