Thailand telah mencatat 32 kes baharu COVID-19, yang tertinggi dalam tempoh sehari sejak penularan virus itu pada Januari, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara tersebut setakat ini ialah 114.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata sembilan kes baharu membabitkan individu yang berkunjung ke Stadium Tinju Lumpinee dan Stadium Muaythai Rajadamnern di Bangkok manakala lapan mengunjungi tempat-tempat hiburan.
Beliau berkata tujuh pesakit, yang terdiri daripada lima rakyat Thailand dan dua pelancong dari luar negara, tiga lagi merupakan kontak rapat seorang pelancong di Lapangan Terbang Suvarnabhumi manakal dua lagi adalah pekerja sebuah restoran di Bangkok yang pemiliknya, seorang rakyat Singapura, sebelum ini telah diuji positif bagi COVID-19.
"Tiga lagi adalah pesakit dalam siasatan (PUI) yang didiagnosis dengan COVID-19. Kami sedang menyiasat sumber jangkitan itu," katanya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di sini hari ini.
Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes jangkitan COVID-19, telah mencatat sejumlah 114 kes dengan satu kematian, 76 masih menerima rawatan di hospital manakala 37 orang telah dibenarkan pulang.
Sementara itu, Sukhum berkata Kementerian Kesihatan Awam akan mencadangkan tiga langkah bagi mengekang penularan virus tersebut di Thailand dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha esok.
Langkah-langkah itu ialah mengurangkan jumlah pelancong ke negara tersebut, menutup pusat-pusat hiburan dan melarang perhimpunan di Thailand.
Sukhum berkata sejumlah 83 orang yang kembali dari Itali hari ini menjalani kuarantin selama 14 hari di pangkalan tentera laut Sattahip dalam wilayah Chonburi.
'Enam daripada mereka yang menunjukkan gejala berkaitan COVID-19 telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan," katanya.
Sementara itu, Gabenor Wilayah Pattani Kraisorn Visitwong mengarahkan pihak berkuasa untuk mempertingkat pemantauan bagi memastikan mereka yang menghadiri perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur menjalani tapisan kesihatan di hospital berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 15 2020

Thailand, negara pertama di luar China yang melaporkan kes jangkitan COVID-19, telah mencatat sejumlah 114 kes dengan satu kematian. - Gambar AP

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi tidak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan
Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen.

Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar

PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Melihat Bangkok pada ketinggian 314 meter
Bangkok sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong dengan kehidupan malam selain budaya, lubuk 'shopping', urutan dan makanan Thai.

Jangkitan cacar monyet meningkat di Bangkok
Bangkok memantau rapi kes berkaitan cacar monyet memandangkan jumlah jangkitan di negara itu terus meningkat.

Astro rangkul lima anugerah di ContentAsia Award ke-4
Karya terbitan Astro berjaya merangkul lima anugerah pada ContentAsia Award ke-4 di Bangkok pada Khamis.

Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin
Srettha yang juga muka baharu dalam arena politik itu menerima 482 undi, manakala 165 tidak bersetuju dan 81 lagi berkecuali.

Paras air Sungai Mekong menurun
Paras air Sungai Mekong dilaporkan semakin menurun dan paras air berkemungkinan mengering dengan lebih cepat daripada ribuan rai sawah yang ditenggelami air.

Parti Pheu Thai mohon kerajaan sementara elak pindahkan pegawai peringkat tinggi
Kerajaan diingat supaya mematuhi Perlembagaan melarang meluluskan projek yang boleh mewujudkan tanggungjawab terikat kepada kerajaan baharu.

Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.

Kejohanan Olahraga Asia tutup tirai, Malaysia hanya raih satu gangsa
Pingat emas dimenangi Sri Lanka, pingat perak milik India dan gangsa dirangkul Qatar.

Misi perdagangan francais Malaysia ke bangkok sasar tarik pelaburan RM30 juta
Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Bangkok, Thailand bersempena Thailand Franchise and Business Opportunity 2023 (TFBO) menyasar menarik pelaburan berjumlah RM30 juta.

Jejambat runtuh di Bangkok sekurang-kurangnya dua maut, 10 cedera
Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya.