BANGKOK: Thailand melaporkan 9,635 kes COVID-19 baharu, termasuk 6,853 kes melibatkan banduan, dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir ketika kerajaan terus berusaha membendung gelombang jangkitan ketiga.
Ia merupakan jumlah harian tertinggi sejak pandemik bermula pada Januari tahun lalu. Setakat ini, Thailand mencatatkan 111,082 kes dan 614 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata pegawai kesihatan melakukan pengesanan kes aktif di lapan kemudahan penjara dengan lima di Bangkok, masing-masing satu di Nonthaburi, Chachoengsao dan Chiang Mai bermula 1 Mei hingga 16 Mei.
Lebih 24,000 tahanan dan pegawai telah disaring dengan 10,748 ujian positif COVID-19 sementara 2,235 lagi menunggu keputusan ujian mereka.
"Pengesanan kes aktif di penjara di seluruh negara akan diteruskan," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini, hari ini.
Taweesin berkata, kerajaan akan menyediakan penjagaan kesihatan yang mencukupi kepada semua banduan dan tahanan di penjara seluruh negara.
"Setakat ini, semua pesakit menerima rawatan di hospital penjara dan hospital medan. Pesakit yang serius dimasukkan ke hospital," katanya.
Data menunjukkan tahanan paling banyak dijangkiti berada di penjara Chiang Mai dan Bangkok.
Daripada 9,635 kes baharu, Taweesin berkata 9,626 adalah jangkitan tempatan termasuk 6,853 daripada kelompok penjara dan sembilan kes import termasuk empat ketibaan dari Malaysia.
Sehingga kini, katanya, terdapat 28 kelompok aktif di 19 daerah di Bangkok.
Sementara kematian melibatkan 15 lelaki dan 10 wanita berusia antara 33 dan 86 tahun, 18 kematian dari Bangkok dan masing-masing seorang di Suphan Buri, Sukhothai, Samut Sakhon, Samut Prakan, Nonthaburi, Nakhon Sawan dan Chai Nat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
Thailand melaporkan 9,635 kes COVID-19 baharu, termasuk 6,853 kes melibatkan banduan, dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir. - Gambar REUTERS
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.