BANGKOK: Selepas seorang wanita berusia 86 tahun di Songkhla meninggal dunia akibat dijangkiti varian Omicron pada 12 Jan, Thailand pada Sabtu lalu mencatatkan kes kematian kedua yang turut melibatkan warga emas berusia lebih 80 tahun.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata mangsa varian Omicron terbaharu ialah seorang wanita berumur 84 tahun yang tidak divaksinasi dan menghidap kanser paru-paru peringkat akhir.
Menurut beliau, wanita yang terlantar di katil itu, tinggal di daerah Kut Chap di wilayah timur laut Udon Thani, dipercayai dijangkiti virus itu daripada anak lelakinya.
Dr Apisamai berkata wanita itu dan keluarganya tidak meminta untuk mendapatkan rawatan semasa menjalani kuarantin di rumah kerana tidak menunjukkan gejala demam dan kesukaran bernafas.
Bagaimanapun, katanya, keadaan wanita itu kian merosot pada Sabtu apabila paras oksigennya menurun.
"Keluarganya memilih untuk tidak memasukkannya ke hospital. Wanita itu disahkan meninggal dunia pada 7.45 malam (waktu tempatan), Sabtu," katanya pada taklimat COVID-19 di sini, pada Isnin.
Pada Isnin, Thailand mencatatkan 6,929 kes baharu COVID-19 termasuk 209 kes import dan 13 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 2,331,414 dan 21,938 kematian, setakat ini.
Sementara itu, petugas kesihatan barisan hadapan di pulau peranginan Phuket mula menerima suntikan vaksin COVID-19 dos keempat bermula minggu lepas.
Timbalan Pengarah Hospital Vachira Phuket Withita Jaeng-iam berkata kumpulan berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang teruk serta penduduk yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima suntikan vaksin COVID-19 keempat mereka.
"Daripada pangkalan data, kira-kira 60,000 orang telah mendaftar untuk suntikan keempat," katanya, memetik Bangkok Post.
Setakat ini, Thailand telah memberikan 109,542,145 dos vaksin COVID-19, termasuk 51,809,191 dos pertama sejak kempen vaksinasinya dilancar pada 28 Februari.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Setakat ini, Thailand memberikan 109,542,145 dos vaksin COVID-19 - Foto REUTERS

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/thumbnails/23621876161652701216313_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja
Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

'Tirai besi' Korea Utara dibolosi, kes COVID-19 pertama dikesan
Laporan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai angka kes atau kemungkinan sumber jangkitan.

Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum boleh dianggap endemik - Laporan
Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum lagi menjadi endemik.

99% sampel penjujukan genom pada Mac-April ialah varian Omicron BA.2 - MOSTI
Maklumat berkenaan genom varian virus SARS-CoV-2 adalah amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus bagi mengawal dan membendung penularan varian-varian berkaitan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Mei 2022.

COVID-19: Omicron sama bahaya dengan varian lain - Kajian
Pendedahan ini menolak dapatan kajian sebelum ini, yang mendakwa varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi tidak menyebabkan kesan kritikal.

Krisis Rusia-Ukraine, Omicron terus beri kesan terhadap kargo udara - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti kargo udara berada pada 1.2 peratus di atas paras Mac 2021.

COVID-19: Korea Selatan longgar pemakaian pelitup muka
Pelitup muka hanya akan diperlukan pada perhimpunan lebih daripada 50 orang termasuk acara sukan dan kebudayaan.

COVID-19: Afrika Selatan masuk gelombang kelima
Walaupun kemasukan ke hospital semakin meningkat, setakat ini tiada perubahan dramatik dalam kemasukan ke unit rawatan rapi atau kematian.

Dapatkan dos penggalak segera sebelum ziarah-menziarahi ketika Aidilfitri - Pakar kesihatan
Situasi COVID-19 yang semakin baik di Malaysia adalah disebabkan penerimaan vaksin.