awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Ejen persekutuan AS tembak dua orang di Portland, polis seru orang ramai bertenang
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2026
01:30 MYT
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
Presiden Iran arahkan agar penunjuk perasaan aman tidak diganggu, namun pihak kehakiman berikrar menghukum "perusuh". - Foto X/Navid Mohebbi
TEHRAN: Gelombang protes antikerajaan yang melanda Iran sejak 28 Disember terus merebak ke seluruh negara, dengan pertempuran ganas dilaporkan di pelbagai lokasi pada Rabu, hari ke-11 demonstrasi yang tercetus akibat krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Ringkasan AI
  • Demonstrasi antikerajaan yang bermula pada 28 Disember akibat kejatuhan nilai mata wang dan inflasi tinggi kini melanda seluruh Iran, melibatkan semua 31 wilayah.
  • Sekurang-kurangnya 34 penunjuk perasaan dan empat anggota keselamatan terbunuh, termasuk dua polis yang ditembak mati di Lordegan; lebih 2,200 orang telah ditahan.
  • Presiden Iran arahkan agar penunjuk perasaan aman tidak diganggu, namun pihak kehakiman berikrar menghukum "perusuh"; Presiden Trump pula memberi amaran bahawa AS akan bertindak jika kekerasan berterusan.

Menurut agensi berita separa rasmi Fars, dua anggota polis ditembak mati oleh individu bersenjata di bandar Lordegan, barat daya Iran.
Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan ketegangan antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, dengan bunyi tembakan kedengaran di latar belakang.
Rakaman dari beberapa kawasan lain turut menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai, yang sebahagiannya membalas dengan lontaran batu.
Menurut Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), protes telah merebak ke 111 bandar dan pekan di kesemua 31 wilayah Iran.
Sekurang-kurangnya 34 penunjuk perasaan dan empat anggota keselamatan dilaporkan terbunuh, manakala lebih 2,200 orang telah ditahan.
BBC Parsi mengesahkan identiti 21 mangsa, sementara pihak berkuasa Iran melaporkan lima kematian dalam kalangan pasukan keselamatan.
Protes bermula apabila para peniaga di Tehran turun ke jalan membantah kejatuhan mendadak nilai mata wang rial berbanding dolar AS.
Dalam tempoh setahun lalu, rial jatuh ke paras terendah dalam sejarah, manakala inflasi melonjak melebihi 40 peratus akibat sekatan antarabangsa dan kelemahan pengurusan ekonomi serta rasuah kerajaan.
Pelajar universiti kemudian menyertai protes yang merebak ke bandar-bandar lain.
Penunjuk perasaan dilaporkan melaungkan slogan menentang Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan menyokong Reza Pahlavi, anak bekas Shah Iran yang kini dalam buangan.
Lordegan terus menjadi lokasi paling tegang, dengan dua pegawai polis, Hadi Azarsalim dan Moslem Mahdavinasab, dilaporkan ditembak mati oleh “perusuh bersenjata”.
Dua penunjuk perasaan turut terbunuh di bandar itu minggu lalu.
Naib Presiden Hal Ehwal Eksekutif, Mohammad Jafar Qaempanah, berkata Presiden Masoud Pezeshkian telah mengarahkan agar tiada tindakan keselamatan diambil terhadap penunjuk perasaan aman.
Namun, Ketua Kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei memberi amaran bahawa “perusuh” akan dihukum segera sebagai pengajaran.
Khamenei pula menyeru agar pihak berkuasa “bercakap dengan penunjuk perasaan”, tetapi menegaskan bahawa “perusuh perlu diajar”.
Sementara itu, Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa AS akan campur tangan sekiranya pasukan keselamatan Iran membunuh penunjuk perasaan aman.
“Kami sudah bersedia,” katanya.
Protes ini disifatkan sebagai yang paling meluas sejak kebangkitan 2022 susulan kematian Mahsa Amini dalam tahanan polis moral.
Ketika itu, lebih 550 orang terbunuh dan 20,000 ditahan dalam tindakan keras pihak berkuasa.
Kerajaan Iran kini cuba meredakan tekanan dengan memperkenalkan bantuan tunai bulanan sebanyak AS$7 kepada 71 juta rakyat.
Namun, dengan kemarahan rakyat yang semakin memuncak dan tindakan keras berterusan, Iran kini berdepan cabaran politik dan sosial yang paling getir dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#protes antikerajaan
#krisis ekonomi
#Ayatollah Ali Khamenei
#Reza Pahlavi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami