awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat tiga lagi kes jangkitan tempatan

Bernama
Bernama
18/10/2020
10:43 MYT
COVID-19: Thailand catat tiga lagi kes jangkitan tempatan
Semalam, Thailand melaporkan kes jangkitan tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan. -AP
BANGKOK:Thailand melaporkan tiga lagi kes jangkitan tempatan COVID-19 di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar hari ini.
Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pesakit baharu itu adalah ahli keluarga pasangan warga Myanmar yang tinggal di daerah Mae Sot di Wilayah Tak yang diuji positif minggu ini.
Pesakit baharu itu adalah seorang wanita berusia 23 tahun dan anak lelakinya berusia setahun serta anak perempuannya berusia 10 tahun yang tinggal di Mae Sot. Mereka adalah kontak rapat pasangan yang disahkan itu.
"Pesakit menerima rawatan di Hospital Mae Sot di Wilayah Tak," menurut CCSA dalam kenyataan hari ini.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan tujuh kes baharu COVID-19 termasuk tiga penularan tempatan dan empat kes import.
Setakat ini, Thailand merekodkan 3,686 kes dengan 59 kematian.
Semalam, Thailand melaporkan kes jangkitan tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan.
Kementerian Kesihatan Awam Thailand menggiatkan usaha untuk mengesan kontak pasangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#COVID-19
#Jangkitan tempatan
#kesihatan
#Myanmar
#keluarga
#import
#statistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan